Trend-Fesyen-Baju-Jubah-Moden-Simple-&-Terkini-2020-featuredimage

Trend Fesyen Baju Jubah Moden, Simple & Terkini 2020

Trend-Fesyen-Baju-Jubah-Moden-Simple-&-Terkini-2020-1

Foto – instagram @byfatinsuhana

 

Jubah moden merupakan salah satu trend fesyen muslimah terkini yang semakin digemari orang ramai. Walaupun rekaan yang ringkas tetapi ia mampu membuatkan seseorang itu tampil lebih elegan.

Sudah tentu fesyen jubah sangat dikenali dengan memiliki kain yang labuh ke bawah dengan lengan yang panjang untuk menutupi hampir ke seluruh anggota badan. Ia seiring dengan konsepnya sebagai fesyen muslimah yang menggalakkan pemakainya untuk menutup aurat.

Trend Fesyen Yang Semakin Mendapat Perhatian 

Walaupun jubah dianggap sebagai fesyen yang kuno dan pelik pada zaman dahulu, perkembangan fesyen jubah akhirnya menunjukkan perubahan yang semakin baik seiring dengan peredaran zaman.

Kini, sudah terdapat banyak konsep jubah moden yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan dunia fesyen para wanita. Dengan beberapa campuran dan kombinasi warna serta aksesori pada cebisan kain jubah yang kosong, penggayaan jubah pada masa kini semakin diterima orang ramai sehingga menjadi fesyen pilihan untuk bersantai dan juga sesetengah acara rasmi termasuk majlis perkahwinan!

Trend-Fesyen-Baju-Jubah-Moden-Simple-&-Terkini-2020-2

Foto – instagram @byfatinsuhana

Pemakaian Jubah Sesuai Untuk Majlis-Majlis Tertentu

Tidak dinafikan, selain pakaian formal yang sering digayakan untuk ke majlis tertentu seperti kurung moden, dress, gaun kasual, dan sebagainya, jubah moden juga tidak ketinggalan menjadi pilihan wanita pada masa kini.

Berikut kami akan kongsikan beberapa idea fesyen jubah moden terkini yang walaupun nampak simple tetapi ia pasti kelihatan sangat cantik apabila digayakan.

Trend-Fesyen-Baju-Jubah-Moden-Simple-&-Terkini-2020-7

Foto – instagram @posh.abaya

Walaupun jubah ini hanya berwarna biru lembut kosong, sedikit kombinasi manik dan labuci pada lengan jubah pasti mampu menaikkan aura jelita bagi sesiapa sahaja wanita yang memakainya.

Potongan kain jubah juga memainkan peranan dalam membezakan fesyen jubah moden pada masa kini. Kain tambahan yang dipotong sedikit labuh yang terletak kemas pada bahu jubah ini membuatkan si pemakai tampak lebih ayu dan menarik.

Trend-Fesyen-Baju-Jubah-Moden-Simple-&-Terkini-2020-3

Foto – instagram @byfatinsuhana

Pemilihan fabrik yang mempunyai tekstur terperinci seperti gambar di atas menunjukkan seolah-olah jubah ini mempunyai corak yang invisible. Walaupun hanya dengan satu warna, gaya jubah seperti ini akan menampakkan aura yang memukau pada si pemakai.

Jubah yang bertemakan floral juga agak terkenal di kalangan penggemar fesyen jubah moden. Tema floral dengan beberapa kombinasi warna yang sepadan sangat mencerminkan keayuan dan kelembutan seorang wanita.

Trend-Fesyen-Baju-Jubah-Moden-Simple-&-Terkini-2020-4

Foto – instagram @abayalubnaa

Fesyen Jubah Moden Ketika Bersantai

Tidak hairan jika pada zaman sekarang, kamu lihat ramai wanita yang memilih untuk memakai jubah untuk bersantai sama ada ketika bersiar-siar, pergi ke kedai, dan sebagainya kerana terdapat juga fesyen jubah yang direka khas untuk wanita menggayakan dalam aktiviti seharian.

Trend-Fesyen-Baju-Jubah-Moden-Simple-&-Terkini-2020-5

Foto – instagram @annah_hariri

Jubah yang bercorak vintage seakan-akan batik tradisional ini sangat sesuai digayakan untuk bersantai seharian bersama keluarga atau rakan-rakan. Ia sesuai dengan konsep jubah moden terkini yang mana ia sesuai dipakai untuk apa jua urusan seharian kamu.

Trend-Fesyen-Baju-Jubah-Moden-Simple-&-Terkini-2020-6

Foto – instagram @annah_hariri

Kalau asyik mengenakan jubah berwarna yang kosong sahaja pasti bosan. Boleh juga selitkan dengan fesyen jubah berbutang dari atas sampai bawah ini. Nampak sangat kasual dan sesuai dipakai ketika bersantai.

Jika kamu lebih gemar fesyen jubah yang jenis lebih labuh dan lebar, kamu boleh cuba gayakan abaya. Kebanyakan fesyen jubah abaya adalah berwarna hitam dan gelap namun sekarang terdapat juga abaya dalam pelbagai warna dan corak yang menarik.

Love, Sarah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese