Fesyen Lelaki 2020: Koleksi Baju Terkini & Stylo

Jejaka masa kini semakin pandai menjaga gaya penampilan dan berfesyen mengikut zaman. Arus pemodenan membawa kepada evolusi dalam dunia fesyen tidak kira fesyen baju perempuan mahupun fesyen baju lelaki. Penampilan merupakan daya tarikan utama dalam menilai peribadi seseorang. Jadi, lakukan sesuatu yang baharu. Baju yang ada dalam wardrobe di bilik kamu sudah perlu ditukar kepada yang lebih ranggi agar menyerlahkan lagi personaliti kamu.

 

Jom lihat style fesyen lelaki terkini yang pastinya ada comeback dari fesyen lelaki 2019 dan tahun-tahun sebelumnya. Let’s re-make the new you!

 

Fesyen #1: Print-Dye

Foto – unsplash.com

Simbahan corak warna-warni pada kain suatu ketika dahulu menjadi fesyen kegilaan para wanita. Namun, corak ini telah tersenarai sebagai fesyen lelaki stylo dan trending pada tahun ini. Corak yang simple begini turut menjadi sebahagian daripada koleksi jenama fesyen termasyhur di dunia. Boleh dijadikan sebagai fesyen gaya jalanan dan santai pada musim panas kerana material yang biasa digunakan untuk fesyen ini adalah dari jenis kain cotton yang sejuk dan menyerap peluh.

 

Fesyen #2: Jacket Motorcycle

Foto – unsplash.com

Trend pemakaian jaket persis gaya golongan berada kini mampu dimiliki oleh semua golongan kerana wujudnya jaket yang dijual dengan harga mesra bajet dan memiliki rekaan yang lebih kurang sama dengan jenama mewah seperti Dolce & Gabbana, Ralph Lauren, Gucci dan lain-lain. Jangan salah faham, penggayaan jaket seperti ini tidak hanya boleh digayakan oleh penunggang motosikal sahaja. Namun, fesyen seakan jaket motosikal ini boleh dipadankan ketika menghadiri parti informal, bersiar-siar dan ke pejabat.

 

Fesyen #3: Patchwork Prints

Fesyen-Lelaki-2020-Koleksi-Baju-Terkini-&-Stylo-3

Foto – www.lyst.com

Corak patchwork prints ini antara fesyen baju lelaki terkini yang dipadankan bersama kain dari material denim menampakkan gaya retrospektif dengan varian jahitan seperti jahitan terus ataupun zigzag. Sisa-sisa denim ataupun kain cotton yang ada di rumah boleh dijahit dan dijadikan baju dengan reka bentuk patchwork prints mengikut kreativiti sendiri. Ya, mengikut kreativiti sendiri. Maka, tampalan apa pun sesuai dijahit pada baju seperti gambar haiwan, corak floral mahupun abstrak. Gaya yang begitu cool dan santai ini amat sesuai untuk kamu orang muda.

 

Fesyen #4: Long Sleeve Raglan T-Shirt

Foto – hldlight.com

T-Shirt Raglan lengan panjang buat kaum lelaki ini sangat versatile digayakan pada bila-bila masa. T-Shirt begini boleh dipakai ke tempat kerja dipadankan dengan seluar slack atau jeans panjang. Manakala, untuk bersantai-santai bersama teman, kamu boleh tampil smart dan ringkas dengan padanan seluar short jeans ataupun track untuk bersukan. T-Shirt merupakan pakaian harian yang sentiasa menjadi trend sepanjang zaman bagi mereka yang sangat suka gaya minimalis tapi mahu kelihatan bergaya.

 

Fesyen #5: Hoodie & Sweater

Fesyen-Lelaki-2020-Koleksi-Baju-Terkini-&-Stylo-5

Foto – unsplash.com

Tentunya fesyen ini sangat digemari oleh remaja lelaki yang sedang cuba menghampiri dunia fesyen. Biasanya dipakai untuk ke pusat beli-belah, universiti ataupun tempat lain yang berhawa dingin.

Apa jua gaya penampilan kamu, pastikan menjaga kebersihan wajah dan rambut okay. Ditambah pula dengan menjaga gaya pemakaian, sudah pastinya dapat meningkatkan tahap keyakinan kamu.

 

Let’s walk with style!

Feautred image – unsplash.com

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese