Fesyen Paling Pelik Tahun 2020, Tak Boleh Nak Lawan!

 

 

 

Dunia fesyen sekarang semakin berkembang seiring dengan peredaran zaman. Ramai pereka fesyen menjadikan busana fesyen rekaan mereka sebagai medium untuk mempamerkan dan menyerlahkan hasil seni dan kreativiti masing-masing. Namun, rekaan fesyen baru yang dilihat pada masa kini semakin hari semakin pelik. Mesti ramai yang tertanya-tanya, ada ke orang nak pakai fesyen pelik macam ni?

 

Fesyen Yang Pelik, Tapi Masih Ada Yang Pakai

 

Keyakinan yang tinggi amat diperlukan untuk menggayakan fesyen pelik di khalayak ramai kerana fesyen yang kelihatan asing di mata masyarakat sememangnya akan menjadi bualan orang ramai sama ada baik atau pun buruk. Namun, ada sesetengah golongan yang memandang fesyen pelik ini sebagai satu hasil seni kreatif melalui pakaian yang seharusnya dihargai kerana setiap rekaan fesyen sudah pasti mempunyai sentuhan tertentu yang tersendiri.

Ohfesyen senaraikan beberapa fesyen paling pelik terkini yang baru wujud di Malaysia.

 

#1  Fesyen Baju Melaju Oversized

Fesyen-Paling-Pelik-Tahun-2020-Tak-Boleh-Nak-Lawan-!-1

Foto – Instagram @bungaisme

 

Fesyen pelik baju Melayu oversized ini telah tular beberapa bulan yang lalu di laman sosial setelah seorang selebriti wanita tanah air kita mengenakan pakaian ini di suatu majlis terkemuka serta memuat naik gambarnya di Instagram. Baju Melayu ini direka dengan ukuran yang lebih lebar pada bahagian lengan dan lebih senteng pada potongan badan. Malah, baju-baju ini telah diperagakan oleh model-model lelaki dan wanita! Sehingga kini ramai masih tidak pasti akan tujuan sebenar pereka fesyen pakaian ini mencipta busana tersebut.

 

#2  Fesyen Pink Vass Uganda Airlines

Fesyen-Paling-Pelik-Tahun-2020-Tak-Boleh-Nak-Lawan-!-2

Foto – Instagram @jihanmuse

 

Fesyen ini telah digayakan oleh seorang pelakon dan pengacara Malaysia iaitu Jihan Muse ketika beliau mengacara salah satu episod Gegar Vaganza. Ia agak pelik kerana fesyen ini kelihatan seperti pakaian seorang pramugari kapal terbang yang berwarna merah jambu terang. Tapi ia tetap nampak cantik digayakan oleh Jihan Muse!

 

#3  Fesyen Baju Melayu Jarang

Foto – Instagram @afeer_kualalumpur

 

Fesyen ini telah viral selepas satu pertunjukan fesyen diadakan di Malaysia. Ia telah mendapat komen yang bertalu dari orang ramai kerana baju Melayu ini terlalu jarang sehingga menampakkan tubuh badan model lelaki tersebut. Ramai menganggap ianya mustahil jika ada orang yang sanggup mengenakan fesyen pelik ini di luar lebih-lebih lagi ketika perayaan Aidilfitri. Namun, pereka fesyen Afeer menjelaskan bahawa baju Melayu itu sememangnya direka sedemikian hanya kerana ingin menunjukkan kualiti sebenar jahitan dalaman koleksi pakaian mereka ketika pertunjukan fesyen itu sahaja.

 

#4  Fesyen ‘Shower Cap’

Fesyen-Paling-Pelik-Tahun-2020-Tak-Boleh-Nak-Lawan-!-4

Foto – Instagram @neelofa

 

Sudah pasti ramai telah mengenali selebriti ikon fashion terkenal ini, Neelofa yang mempunyai ‘sense’ fashion yang sangat tinggi dan unik. Beliau dikatakan telah menggayakan sepersalinan pakaian lengkap berwarna hitam sepenuhnya bersama topi yang berbentuk seakan-akan ‘shower cap’ sewaktu beliau menghadiri Milan Fashion Week 2020 di Italy.

 

#5  Fesyen Baju ‘Hujan’ Moden

Fesyen-Paling-Pelik-Tahun-2020-Tak-Boleh-Nak-Lawan-!-5

Foto – Instagram @awalashaari

 

Awal Ashaari sekali lagi menarik perhatian netizen apabila beliau menggayakan baju kemeja yang kelihatan seakan-akan baju hujan. Biarpun terpaksa berdiri di bawah panas terik dengan pakaian yang mungkin kurang selesa sewaktu musim panas, beliau tetap nampak bergaya di dalam gambar dengan fesyen pelik tersebut.

 

Love, Sarah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese