Fesyen Perempuan Terkini: Contoh Style Rambut Panjang!

 

Rambut merupakan mahkota seorang wanita. Ia melambangkan kecantikan seseorang dan ada kalanya ia boleh dijadikan sebagai lambang personaliti seseorang mengikut style rambut yang berbeza. Walaupun fesyen rambut pendek masih popular di kalangan wanita, fesyen rambut panjang perempuan masih dianggap mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri.

 

Namun, untuk mengekalkan fesyen rambut panjang yang sihat dan cantik, anda perlu tahu skill untuk menjaga serta merawat rambut panjang agar ia tidak menjadi satu beban buat anda. Hal ini kerana umum kita ketahui bahawa kebanyakan masalah rambut yang dihadapi para wanita mempunyai rambut yang panjang. Jadi, anda perlu sentiasa memastikan rambut anda sentiasa dijaga dan diuruskan dengan rapi.

 

Bila anda dah mahir penjagaan rambut panjang, baru senang nak tiru pelbagai fesyen rambut panjang perempuan yang tengah trend sekarang!

 

 

FESYEN RAMBUT PANJANG PEREMPUAN

 

Terdapat banyak jenis fesyen rambut panjang perempuan yang tengah hot sekarang. Jadi, Ohfesyen akan berkongsi top 5 trend rambut panjang perempuan yang paling popular setakat ini.

 

  1. Rambut Panjang Lurus

 

Rambut panjang lurus adalah fesyen yang sangat umum untuk wanita yang berambut panjang. Ia persis wanita Melayu terakhir kerana fesyen jenis ini telah popular sejak zaman dahulu lagi.

 

 

  1. Rambut Panjang Berombak atau Bergelombang

Fesyen-Perempuan-Terkini- Contoh-Style-Rambut-Panjang-!-2

Foto – Twitter @cupcake_aisyah 

 

Style jenis ini merupakan antara fesyen rambut panjang perempuan yang sangat popular pada masa kini. Ramai selebriti tanah air dan juga influencers sosial media memilih gaya ini untuk rambut mereka. Ia menampakkan rambut anda seakan-akan ada tekstur dan tentunya ia lebih unik berbanding rambut panjang lurus.

 

  1.  Rambut Panjang Keriting

 

Pemilihan gaya rambut panjang keriting seelok-eloknya perlu diukur dari segi panjang rambut masing-masing kerana ia akan menentukan curling volume yang sesuai dengan panjang rambut anda agar rambut anda tidak kelihatan terlalu tebal atau terlalu nipis. Ia memerlukan penjagaan yang rapi supaya rambut anda tidak kusut dan rosak.

 

  1. Rambut Panjang Bangs

Fesyen-Perempuan-Terkini- Contoh-Style-Rambut-Panjang-!-4

Foto – gempak.com

 

Bangs merujuk kepada sebahagian rambut yang disisir ke depan menutup sebahagian dahi. Fesyen rambut panjang perempuan bersama bangs ini kelihatan lebih comel dan menampakkan seseorang wanita itu kelihatan lebih muda dari usianya.

 

  1. Rambut Panjang Ponytail

 

Bosan dengan gaya rambut panjang jenis lepas begitu sahaja? Apa kata anda cuba gaya ponytail yang diikat tinggi mirip selebriti antarabangsa ini. Trik ini akan membuatkan rambut anda tampak lebih panjang dari yang biasa. Dengan gaya rambut ini, anda akan kelihatan seperti seorang yang periang dan ramah.

 

Featured Image – www.pexels.com

 

Love, Sarah

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese