Fesyen Rambut Botak Stail Moden & Terkini Tahun 2020

Rambut adalah mahkota atau boleh dianggap sebagai penghias diri sama ada bagi lelaki atau wanita. Tak dinafikan, gaya atau stail potongan rambut memainkan peranan yang penting untuk kelihatan menonjol dan menyerlahkan lagi personaliti diri yang bersesuaian pada masa kini. Dengan perkembangan fesyen rambut dari semasa ke semasa, banyak stail rambut yang digayakan sehingga ke hari ini. OHFESYEN senaraikan fesyenrambutbotakstailmodendanterkini tahun 2020 yang boleh menjadi inspirasi gaya rambut baru kamu! Mungkin gaya baru ini bakal merubah penampilan diri kamu secara total. Siapa tahu?

 

Fesyen Stail Botak Nipis

Crew Cut

Gaya rambut seperti ini adalah antara fesyen rambut botak stail moden dan terkini tahun 2020, lebih mudah dilakukan oleh kebanyakan hairstylist. Potongan botak disekeliling kepala dan pendek menipis di bahagian atas akan menimbulkan rasa sejuk di bahagian kulit kepala. Potongan jenis ini akan menyerlahkan lagi ciri-ciri seorang lelaki dan tampak macho. 

Buzz Cut

Fesyen-Rambut-Botak-Stail-Moden-&-Terkini-Tahun-2020-3

Foto – www.gq.com

Fesyen rambut jenis ini paling mudah digayakan. Stail ini paling trendy dan menyerlahkan lagi sisi maskulin bagi seseorang lelaki. Potongan rambut pendek seakan botak jenis ini lebih popular dalam kalangan dewasa pada masa kini. Rambut seperti ini tak perlu penjagaan yang rapi bagi seseorang yang tidak menitiberatkan soal penampilan wajah. Namun bagi yang ingin memilih stail rambut ini pastikan kulit kepala kamu bersih serta tidak berparut kerana fesyen ini dapat membuka segala aib kamu di kepala jika tidak diambil berat.

Fesyen Stail Botak Tepi dan Kemas

Halfbox

Apabila memilih gaya rambut seperti ini, bahagian belakang kepala dan juga sisi dipotong nipis dan licin dan bahagian atas hanya dibiarkan dalam ukuran 4cm-8cm panjang. Tetapi tidak semua lelaki sesuai dengan potongan rambut ini. Lebih sesuai bagi lelaki yang memiliki wajah bulat dan persegi. 

Pompadour

Fesyen-Rambut-Botak-Stail-Moden-&-Terkini-Tahun-2020-5

Foto – www.menshairstyletrends.com 

Gaya rambut seperti ini memang kemas dan kelihatan menarik di mana kedua-dua belah rambut disisi kepala dipotong pendek. Bahagian atas pula dirapi dan dikemaskan supaya kelihatan terurus apabila disikat.

Fesyen Stail Botak Nipis Bawah

 

Undercut

Potongan rambut gaya ini dibuat dengan meratakan serta membotakkan bahagian bawah dan bahagian atas dibiarkan panjang seperti biasa bergantung pada kehendak si jejaka. Gaya rambut ini juga merupakan fesyen rambut botak stail moden dan terkini tahun 2020 dan sangat sesuai bagi lelaki yang mempunyai rambut yang lurus dan teratur. Tidak sesuai bagi mereka yang berambut kerinting.

V-Shape

Pemilihan gaya rambut seperti ini sangat popular pada masa kini. Selain bentuk potongannya yang menarik ia juga boleh dijadikan salah satu pilihan untuk bergaya. Potongan V shape ini dibuat dengan memotong bahagian tepi hingga nipis dan bahagian belakang dipotong hingga membentuk seperti tajam ke bawah. Sesuai digayakan oleh mereka yang mempunyai bentuk kepala sederhana, bujur, atau panjang. Elakkan gaya ini jika kamu berkepala bulat dibelakang.

Klik di sini untuk 5 trend popular terkini fesyen rambut lelaki. Khas untuk korang yang berambut lebat!

 

Featured photo – www.hipwee.com

 

Bonjour, Firdaus

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese