Fesyen Rambut Pendek Perempuan & Wanita Terkini 2020

 

Bagi sesetengah orang, wanita yang memiliki gaya rambut panjang lebih menarik kerana lebih feminin. Mengikut fesyen 2020, ada juga wanita yang gemar gaya rambut pendek yang sebenarnya menjadikan penampilan mereka menarik. Kebanyakan artis dan juga influencer yang mengenakan gaya tersebut memberi inspirasi kepada wanita-wanita diluar sana untuk tidak ketinggalan mengikut trend yang terkini. OHFESYEN senaraikan beberapa fesyen rambut pendek perempuan dan wanita terkini 2020 yang boleh kamu jadikan inspirasi stail rambut baru nanti! 

 

Fesyen Rambut pendek perempuan dan wanita

(mengikut bentuk muka)

 

Bentuk muka bulat

 

Bagi kamu yang mempunyai bentuk muka bulat, selalunya kepanjangan rambut tidak melebihi tulang pipi muka supaya stail rambut kelihatan sesuai dengan muka. Selain itu, kamu juga boleh mengenakan stail ‘side bang’ agar bentuk muka tidak kelihatan terlalu bulat.

 

Bentuk muka segitiga

Fesyen-Rambut-Pendek-Perempuan-&-Wanita-Terkini-2020-3

Foto – vplate.ru

Berbeza dengan stail rambut bentuk muka bulat, kepada wanita yang mempunyai bentuk muka segitiga, selalunya mempunyai bahagian dahi yang agak luas, jadi kamu perlu memilih stail rambut yang agak panjang di atas untuk menutupi dahi yang luas berbanding bahagian bawah. Front bang it is!

 

Bentuk muka segi empat

Fesyen-Rambut-Pendek-Perempuan-&-Wanita-Terkini-2020-4

Foto – easyladys.com

Untuk stail rambut ini, gaya rambut side bang adalah paling sesuai. Wanita yang mempunyai bentuk muka segi empat tepat tidak perlu mempunyai ‘front bang’ kerana ianya tidak bersesuaian dengan mereka.

 

Fesyen rambut pendek perempuan dan wanita

(mengikut jenis rambut)

 

Rambut Keriting

Kita selalu salah mentafsirkan bahawa rambut keriting adalah rambut yang sukar untuk digayakan. Wanita yang mempunyai jenis rambut keriting sebenarnya sangat unik dan berbeza dari orang lain. Malah, mereka akan tampak lebih menawan dengan rambut keriting yang mereka miliki.

 

Rambut beralun (wavy)

Tidak kurang juga dengan rambut jenis beralun atau sering dikenali sebagai jenis rambut ‘wavy’. Jenis rambut ini sangat popular pada tahun 2020 kerana tampak lebih natural dan kamu tak perlukan hair straightener! Rambut jenis wavy ini sebenarnya kelihatan lebih menarik jika kamu berambut pendek. Barulah k-popers kan?

Gaya rambut lelaki pula? Klik sini okay!

 

Featured image –www.popbela.com

Love, Syazrina.

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese