Fesyen Rambut Popular Yang Menjadi Dambaan Lelaki

Jika kamu mencari fesyen rambut lelaki paling popular dan kini trending, maka kamu akan suka gaya rambut baru yang hebat di bawah. Malah, kebanyakannya gaya potongan rambut lelaki popular yang terus menjadi pilihan seperti gaya rambut pendek undercut dan potongan fade pada sebelah sisi tepi dengan bahagian sebelah atas lebih panjang, comb overs, pomps, quiffs serta bertekstur! 

OHFESYEN senaraikan beberapa fesyen potongan rambut lelaki yang popular untuk tahun 2020. Dari gaya klasik sehinggalah ke moden dan rambut pendek sehingga rambut panjang, ini adalah gaya rambut lelaki yang paling hebat dan segar untuk kamu jadikan inspirasi!

Potongan Rambut Lelaki Yang Popular

Tak kira sama ada kamu mempunyai rambut yang kerinting, berombak, lurus atau halus, fesyen potongan rambut lelaki yang popular ini akan membuat kamu kelihatan segar dan bergaya dalam masa yang singkat! Dari potongan rambut yang bergaya sesuai untuk rambut pendek hingga ke gaya rambut yang beralun sesuai untuk rambut panjang, pasti ada gaya potongan rambut yang hebat dan sesuai untuk semua orang! Jadi mari lihat gambar fesyen potongan rambut lelaki yang popular sebelum kamu ke salon dan bersiap sedia untuk tampil bergaya yang pasti disukai oleh semua wanita. Apa kata kamu screenshot dan katakan pada mereka yang saya nak yang ini abang barber!

1.High Skin Fade + Hard Part Comb Over

Gaya potongan rambut sederhana lelaki ini tak pernah mengecewakan. Dengan high skin fade pada sebelah sisi dan gaya rambut disisir pada sebelah atas, gaya potongan nampak bergaya ini telah menjadi idea potongan rambut lelaki yang paling popular selama bertahun-tahun lamanya. Hard Part menekankan gaya potongan dan kamu boleh menggayakan potongan dengan matte pomade untuk kelihatan bertekstur. Pastinya kamu tampak bergaya dan lebih berkarisma dengan gaya ini.

2.Crew Cut + High Fade and Full Beard

Potongan rambut pendek akan sentiasa menjadi salah satu trend rambut lelaki yang popular. Potongan rambut anak kapal ini dilengkapi dengan side swept pada sebelah hadapan untuk kelihatan klasik. Tetapi potongan high fade pada sebelah sisi tepi dan anak rambut yang selari membuat gaya potongan rambut moden.

3.Textured Top + Taper Fade and Beard

Gaya potongan rambut spiky ini mempunyai bahagian atas bertekstur dengan taper fade yang pendek pada sebelah sisi tepi. Gaya rambut pendek yang semula jadi ini benar-benar menjadikan gaya rambut ini kelihatan mengagumkan.

Potongan Rambut Lelaki Yang Popular

4.Slicked Back Undercut + Long Beard

Slicked back undercut adalah contoh gaya rambut moden lelaki yang hebat. Dengan rambut yang panjang menyikat ke belakang dan berjambang, gaya maskulin ini adalah gaya potongan rambut lelaki sebenar, walaupun rambut di atas lebih panjang sedikit. Sangat sesuai dipadankan dengan jaket kulit mahupun gaya rockers!

5.Buzz Cut + Fade

Gaya Buzz cut fade ini terus menjadi kegemaran salon rambut kerana ia mudah dipotong dan mudah untuk digayakan. Dengan potongan taper fade pada sebelah sisi tepi dan kemasan yang kemas, berkilat pada sebelah atas, ia adalah penampilan yang hebat untuk semua jenis rambut lelaki.

6.High Skin Pompadour + Beard

Pompadaur telah menjadi salah satu gaya rambut yang paling popular selama bertahun-tahun sehingga sekarang. Sementara gaya pomp yang klasik adalah berkilat dan diukir, pompadour moden telah dikemas kini dengan kepelbagaian dan banyak variasi baru. Dengan sisi tepi yang dicukur, bahagian yang tebal dan berjambang, kami sangat mengesyorkan kamu gaya potongan ini. Gaya ini sangat sesuai untuk jenis rambut yang tebal untuk memastikan rambut boleh disikat kembang di atas.

7.Thick Curly Hair + High Bald Taper Fade

Gaya potongan rambut lelaki ini mempunyai ciri-ciri bersih dan kemas bald face pada sebelah sisi tepi dan belakang dengan rambut kerinting yang tebal pada sebelah atas. Fesyen curly hair fade merupakan salah satu gaya yang terbaik pada hari ini kerana ia mengambil kesempatan pada kelebihan tekstur unik yang ada pada rambut kerinting. Apa lagi lelaki berambut kerenting di luar sana, mesti mencuba gaya ini!

8.Side Part  + Mid Fade

Gaya rambut potongan sebelah lelaki klasik yang cantik ini membuatkan kamu tampak sederhana. Gaya potongan kelelakian ini yang agak konservatif ini datang dengan mid fade pada sebelah sisi dan semua rambut bertekstur di berus kepada satu bahagian. Untuk mendapatkan bahagian sisi yang baik, kamu perlu menggunakan produk rambut yang kurang bersinar atau matte.

Potongan Rambut Lelaki Yang Popular

9.Wavy Fringe + Low Taper Fade

Gaya potongan rambut yang hebat ini mempunyai ciri-ciri low taper fade dengan short wavy fringe. Ini adalah gaya rambut yang bagus untuk jenis rambut berombak atau kerinting yang susah diurus. Sesiapa yang berambut kerinting yang tak suka berambut pendek boleh cuba gaya ini.

10.Textured Quiff + Low Fade and Part

Potongan rambut quiff telah menjadi salah satu trend paling hangat untuk bertahun-tahun lamanya. Potongan rambut lelaki terbaik ini menonjolkan rambut dengan lebih tebal dan beralun. Dengan low fade and hard part, sebelah sisi tepi pendek yang cantik dan gaya rambut panjang di atas menyempurnakan keseluruhan penampilan.

11.Short French Crop + High Bald Fade

Short french crop adalah lebih sesuai untuk lelaki yang menginginkan gaya rambut yang hebat tanpa memerlukan sebarang gaya melampau. Walaupun crop top adalah semulajadi potongan pendek, pasti ada cara untuk menggayakannya.

12.Man Bun + Beard

Walaupun kombinasi man bun dan beard bukanlah satu keperluan, gaya ini secara semulajadi kelihatan tampil sempurna. Walau bagaimanapun, hanya kerana kamu mempunyai man bun yang serabut atau longgar tidak bermakna kamu membiarkan rambut kamu tidak terurus dan tidak dijaga dengan baik.

Featured image – kingssleeve.com

Love, Farkhan

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese