Fesyen-Terbaru-Pakaian-&-Baju-Lelaki-Terkini-2020-1

Fesyen Terbaru Pakaian & Baju Lelaki Terkini 2020

Tak semua lelaki menitikberatkan pemakaian mereka. Ada juga sesetengah yang menjaga penampilan dan lebih menarik yang sangat mementingkan kebersihan! Namun begitu, semakin lama fesyen juga telah didominasikan oleh para lelaki. Bisnes online pada zaman sekarang juga semakin giat menjual pakaian terkini kaum adam seperti tshirt , kemeja, jaket, baju batik dan sebagainya. Oleh itu, ohfesyen akan senaraikan fesyen terbaru pakaian & baju lelaki terkini 2020.

Fesyen terbaru pakaian & baju lelaki terkini 2020 mengikut masa dan acara yang sesuai

1.Casual

Fesyen pakaian casual ini adalah yang paling ringkas dan selalunya digayakan untuk acara yang ringkas ataupun tidak formal. Fesyen casual termasuklah memakai tshirt dan kemeja atau jaket di bahagian luar dan dipadankan dengan kasut yang bertutup agar kelihatan lebih kemas dan berketerampilan. Pakaian casual sesuai untuk ke shopping mall ataupun hang out bersama teman-teman!

2. Formal

Pakaian formal lebih kepada pakaian yang kelihatan agak segak dan kemas. Digayakan untuk acara yang lebih formal contohnya ke pejabat ataupun ada meeting yang penting dan mempunyai protocol yang tinggi. Selalunya, untuk tema formal, si lelaki akan mengenakan kemeja, seluar slack ataupun berpakaian suit lengkap.

3.Holiday

View this post on Instagram

Sudah sampai Coron ๐Ÿค™๐Ÿป

A post shared by Muhdzakir (@zac_zaky) on

Selalunya kalau holiday, tak perlu terlalu dress up. Cukup pakaian yang selesa dan santai. Tetapi bergantung juga pada destinasi percutian kamu. Janganlah pula pakai jaket kulit di Bali! Lihat pada jenis percutian kamu dan pilih outfit yang bersesuaian okay?ย 

4. Denim

Sudah semestinya denim merupakan fesyen baju lelaki terkini yang trending pada tahun 2020. Denim yang kelihatan stail dan menarik ini selalunya digayakan bersama tshirt di dalam dan jaket denim di luar untuk menjadikan fesyen tersebut lebih menarik dan bergaya. Denim atau juga nama lain nya, jeans merupakan salah satu trend terkini 2020 ini sesuai digayakan mereka yang berumur sehingga 30an.

5.Hoodie & sweatshirts

Fesyen hoodies dan sweater ini merupakan antara fesyen pakaian terkini 2020 yang digemari oleh golongan remaja di mana mereka gemar mengenakan hoodies atau sweater ini jika ke tempat berhawa dingin seperti pusat beli-belah ataupun semasa di universiti. Hoodies atau sweater ini seringkali dikenakan dengan seluar jeans ataupun slack ketat. Ada juga para lelaki yang mengenakan satu set hoodies dan sweater ini dan ia juga menjadi fesyen yang semakin trend.

6.Baju batik

View this post on Instagram

Jangan tengok urat . Tengok baju . Syantikk kann ?

A post shared by AFIQSAID (@afiqqseid) on

Tak dilupakan, fesyen yang semakin trending pada tahun 2020 ini iaitu pakaian batik. Ianya selalu digayakan oleh para lelaki untuk acara yang casual dan ada juga mereka yang mengenakan pakaian batik ini sewaktu majlis perkahwinan dan sebagainya. Corak batik dari Indonesia ini sudah semestinya mendapat tempat di mata masyarakat dengan corak yang unik dan kelihatan verstail.

Jangan lupa untuk baca juga fesyen baju melayu simple dan moden yang terkini dengan klik di sini.

Love,Syazrina

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese