Fesyen-Blouse-&-Dress-Muslimah-Yang-Kini-Trending-6

Fesyen Blouse & Dress Muslimah Yang Kini Trending

Selalu dilema tak tahu nak pakai baju apa tiap kali sebelum nak keluar rumah? Walaupun dalam almari tu kalau ikutkan dah penuh dengan blouse, dress, dan baju lain, tetap juga akan jadi kelam kabut bila mencari baju baru nak dipakai.

 

Fesyen-Blouse-&-Dress-Muslimah-Yang-Kini-Trending-5

Foto – instagram @_myrazainal

Ini kerana fesyen muslimah terkini yang sentiasa up-to-date membuatkan ramai wanita lebih terikut-ikut dengan fesyen semasa agar mereka sentiasa berada dalam trend. Lebih-lebih lagi pada tahun 2020 ini, semuanya baru!

 

Fesyen Baju Muslimah Terkini

Kini terdapat banyak jenis fesyen muslimah yang menjadi kegilaan para wanita yang suka bergaya. Antaranya dress, cardigan, blouse, palazo, sweater, jubah moden, baggy shirt, dan banyak lagi.

Ia bergantung pada jenis event atau aktiviti harian seseorang wanita sama ada pergi ke kuliah, acara-acara rasmi seperti annual dinner, bersantai bersama keluarga, bersukan dan lain-lain. Kalau untuk gaya kasual yang paling sesuai dengan aktiviti harian kita adalah blouse. Nak tahu tips memilih blouse supaya seiring dengan fesyen muslimah sekarang? Teruskan membaca!

 

Fesyen-Blouse-&-Dress-Muslimah-Yang-Kini-Trending-6

Foto – instagram @_myrazainal

Tips Pemilihan Fesyen Blouse Muslimah

Percaya atau tidak, blouse sangat popular dalam kalangan penggemar baju fesyen muslimah. Ia sangat fleksibel dan simple jadi kamu tak perlu risau atau dilema tak tahu nak pakai apa setiap kali mahu keluar rumah.

 

1) Labuh & Berlengan Panjang

 

Fesyen-Blouse-&-Dress-Muslimah-Yang-Kini-Trending-1

Foto – instagram @dewiiradin_

Kebanyakan blouse yang direka untuk fesyen muslimah adalah berlengan panjang dan sedikit labuh. Ia sesuai dengan konsep muslimah berfesyen yang menggalakkan wanita untuk menutup aurat.

Ada blouse yang bercorak pelbagai dan ada juga yang tidak bercorak namun disertakan dengan beberapa tekstur lain seperti lapisan kain tambahan, renda dan sebagainya. Kemudian, blouse itu akan dipadankan dengan seluar, tudung dan beg yang sesuai.

 

2) Tona Warna

 

Fesyen-Blouse-&-Dress-Muslimah-Yang-Kini-Trending-2

Foto – instagram @dewiiradin_

Blouse kosong berwarna putih antara yang paling digemari gadis muslimah. Ia sesuai digayakan dengan apa saja warna tudung dan juga warna seluar jeans yang berbeza. Walaupun kebanyakan blouse kosong ini nampak sama saja, tetapi terdapat juga beberapa blouse yang berbeza dari segi potongan, labuh baju, dan juga jenis kain bagi menyerlahkan lagi fesyen blouse terkini yang tampak simple tapi masih fashionable.

 

3) Mix and Match

 

Fesyen-Blouse-&-Dress-Muslimah-Yang-Kini-Trending-3

Foto – instagram @imanqistnaa

Untuk lebih jimat, kamu boleh juga padankan secara bergilir-gilir dengan beberapa jenis outfit lain seperti palazo, pleated skirt, tali pinggang, dan sebagainya. Boleh juga tuck-in blouse kamu untuk menonjolkan sedikit kelainan pada setiap ootd blouse kamu.

 

4) Tambahan Cardigan

 

Fesyen-Blouse-&-Dress-Muslimah-Yang-Kini-Trending-4

Foto – instagram @dewiiradin_

Ramai juga muslimah yang gemar menggayakan cardigan untuk melengkapkan fesyen ootd mereka. Ada cardigan yang berlengan panjang kebiasaannya akan dipadankan dengan blouse yang berlengan pendek supaya tidak terlalu panas. Tetapi trend muslimah terkini adalah lebih ke arah jenis cardigan tanpa lengan yang labuh bersama blouse agar mereka tampak lebih elegant!

Dah tahun 2020 ni apa kata kita try tips fesyen terkini muslimah ni. Barulah cun!

 

Love, Sarah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese