Fesyen-Tips-Baju-Ibu-Mengandung-Murah-&-Terkini-8

Tips Fesyen Baju Ibu Mengandung Murah & Terkini 2020

Seorang ibu yang mengandung sudah pastinya inginkan pakaian yang cantik dan selesa. Banyak jenama-jenama butik khas yang mengeluarkan rangkaian fesyen baju untuk ibu mengandung. 

Untuk tips pemilihan baju yang terkini dan sesuai ketika hamil adalah sangat penting lebih-lebih lagi yang sedang sarat mengandung. Berikut kami kongsikan beberapa contoh fesyen terkini 2020 sewaktu mengandung yang mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan dan inspirasi buat ibu-ibu di luar sana yang ingin kelihatan sentiasa bergaya sepanjang tempoh kehamilan mereka. 

 

Padanan kombinasi warna hitam dan putih adalah fesyen paling simple dan mudah buat ibu-ibu hamil yang sering menghadiri majlis-majlis formal tertentu. Dengan sedikit ruffle yang terletak kemas pada bahu blouse putih bersama skirt hitam yang kosong serta beg tangan hitam yang simple sudah mampu membuatkan kamu kelihatan lebih vogue ketika menghadiri event penting.

 

Pemilihan baju yang longgar menjadi pilihan utama para ibu mengandung kerana keselesaannya yang tidak terbatas akan memudahkan pergerakan harian. Style baju yang loose dan kembang atau seakan-akan oversize ini ternyata sangat selesa dan mudah untuk dipakai sepanjang tempoh kehamilan.

Sekiranya kamu lebih selesa dan gemar mengenakan beberapa helai lapisan pakaian, kamu boleh mencubanya dengan memakai sebarang outerwear yang loose atau lebih mudah dikenali sebagai cardigan. Dengan cara ini, baby bump kamu tidak akan kelihatan begitu ketara kerana kamu sudah menutupinya dengan beberapa helai lapisan pakaian dan ia akan kelihatan sedikit tersorok dari pandangan.

 

Foto – instagram @elfiraloy

Baggy blouse yang berwarna terang dan ceria pula akan membuatkan kamu tampil lebih muda dan bersemangat. Dengan padanan warna tudung yang sesuai, ia akan menyerlahkan lagi personaliti kamu dengan gaya yang sungguh menawan. 

Fesyen-Tips-Baju-Ibu-Mengandung-Murah-&-Terkini-5

Foto – instagram @noradanish

 

Mungkin ramai yang akan setuju bila admin mengatakan kaftan adalah pakaian yang paling selesa sekali untuk digayakan sewaktu mengandung. Ini kerana kamu bebas bergerak di dalam sehelai kain berjahit yang luas dan material yang sejuk tak akan membuatkan kamu rimas kepanasan. Banyak rekaan terkini untuk tahun 2020 yang kamu boleh dapatkan secara online.

Pemadanan maxi dress bersama cardigan yang labuh amat sesuai untuk wanita berhijab yang inginkan keselesaan ketika bergaya walaupun sedang hamil. Pemilihan corak pada dress juga amat penting agar perut kamu tidak kelihatan terlalu ‘besar’ kerana ada sesetengah corak yang akan membuatkan si pemakai tampak lebih berisi dari yang biasa.

Untuk kamu yang lebih memilih gaya kasual dan minimal, kemeja putih bersama seluar jeans adalah pilihan yang paling tepat. Ia sangat sesuai untuk dipakai oleh ibu muda hamil agar sentiasa tampil menawan walaupun mengenakan padanan pakaian yang simple. Okay tak tips Sarah? Jangan lupa tau, untuk 2020 ni kalau nak murah kena rajin cari!!

Love, Sarah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese