Fesyen Baju Kebaya Simple, Moden & Terkini 2020

Fesyen-Baju-Kebaya-Simple-Moden-&-Terkini-2020-1

Foto – instagram @soonaru

 

Kalau zaman dahulu kala, baju kebaya hanya sekadar pakaian yang digayakan ketika menghadiri majlis makan malam atau majlis perkahwinan. Wanita zaman sekarang pula semakin gemar menggayakan fesyen baju kebaya mereka sama ada ke pejabat, shopping mall, atau ke mana saja yang mereka fikirkan selesa bagi mereka.

Hari demi hari, baju kebaya semakin diterima golongan wanita pada masa kini dan telah bermacam-macam idea serta inspirasi baru yang wujud telah memberi lebih suntikan moden kepada fesyen ini supaya sesuai dengan cita rasa wanita moden pada masa kini. Ada juga yang turut menggayakan baju kebaya mereka bersama seluar.

Kebaya moden merupakan antara fesyen baju 2019 yang popular tau. Tahun ini dah banyak butik-butik online yang menjual pelbagai fesyen kebaya moden terkini. Semua lawa-lawa pula tu! Kalau kamu masih dilema fesyen baju kebaya manakah yang patut kamu gayakan, teruskan membaca fesyen baju kebaya simple, moden & terkini 2020 okay? Mana tahu ada kebaya yang berkenan dihati?

 

Fesyen Baju Kebaya Simple, Moden & Terkini 2020

 

Fesyen-Baju-Kebaya-Simple-Moden-&-Terkini-2020-2

Foto – instagram @kurung_factory

Jika kamu merupakan seorang yang sukakan gaya kasual dan minimalis, kamu pasti akan jatuh cinta dengan baju kebaya moden versi kosong ini. Nampak simple dan tidak keterlaluan walaupun kamu di pusat membeli belah.

 

Foto – instagram @ellizaarifin.co

 

Nak nampak sedikit extra, kamu boleh padankan baju kebaya yang kosong tadi bersama apa sahaja corak kain batik yang sesuai. Ia nampak lebih tradisional dan sesuai digayakan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, perayaan hari raya, majlis makan malam, dan sebagainya. Nampak klasik gitu!

 

Selain padanan bersama kain batik bercorak, penambahan sedikit aksesori seperti jahitan labuci, lace, manik berlian, atau sulaman juga mampu menyerlahkan lagi kecantikan fesyen baju kebaya kamu. Jom tengok contoh di bawah…

 

Fesyen-Baju-Kebaya-Simple-Moden-&-Terkini-2020-5

Foto – instagram @merahjambu.my

 

Fesyen-Baju-Kebaya-Simple-Moden-&-Terkini-2020-4

Foto – instagram @byhisdaisy

 

Fesyen Baju Kebaya Simple, Moden & Terkini 2020

 

Selain itu, antara fesyen kebaya moden yang popular pada zaman sekarang adalah kebaya peplum. Fesyen ini masih mengekalkan sentuhan kebaya yang asli namun ia telah dimodenkan melalui bentuk peplum pada hujung baju seperti gambar di bawah.

 

Fesyen-Baju-Kebaya-Simple-Moden-&-Terkini-2020-6

Foto – instagram @cangkuk

6

Percaya atau tidak, baju kebaya juga menjadi antara fesyen pilihan ramai bekas pelajar perempuan ketika majlis graduasi mereka. Banyak fesyen baju kebaya moden kini semakin diterima sebagai pakaian rasmi di majlis konvokesyen sesuai dengan peraturannya.

 

Fesyen-Baju-Kebaya-Simple-Moden-&-Terkini-2020-7

Foto – instagram @habrahaute

 

Di samping itu, dengan sedikit pengubahsuaian pada lengan baju kebaya pasti akan membuatkan si pemakai tampak lebih ayu dan menawan. Kebanyakan fesyen baju kebaya moden terkini memang cantik dan bertepatan dengan cita rasa para wanita masa kini.

 

Fesyen-Baju-Kebaya-Simple-Moden-&-Terkini-2020-8

Foto – instagram @camelliaempire

 

So, mana satu yang berkenan dihati? Cuba kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah okay?

 

Love,Sarah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese