Foundation-Di-Watson-Yang-Sesuai-Untuk-Kulit-Kering-6

Foundation Di Watsons Yang Sesuai Untuk Kulit Kering

Wanita dan solekan memang tak boleh dipisahkan. Ia membuatkan wanita berasa lebih yakin untuk tampil menyerlah. Solekan mampu menutup segala cela yang ada pada kulit wajah dan benda paling asas dalam solekan sudah semestinya foundation. Jadi, pemilihan foundation yang terbaik adalah sangat penting untuk hasil solekan yang terbaik. Lebih-lebih lagi untuk orang yang mempunyai kulit jenis kering. Silap foundation boleh buat keseluruhan look jadi hodoh.

 

Jenis Foundation Yang Sesuai Untuk Kulit Kering

Foundation-Di-Watson-Yang-Sesuai-Untuk-Kulit-Kering-1

Foto – pinterest.com

 

Orang yang mempunyai kulit jenis kering perlu memilih foundation yang berasaskan minyak. Kulit kering adalah keadaan yang mana lembapan semula jadi kulit telah berkurang, jadi foundation yang berasaskan minyak boleh membantu meningkatkan kadar kelembapan kulit sepanjang seharian kamu memakai alat solekan.

 

 

Foundation Di Watson Yang Sesuai Untuk Kulit Kering

Untuk mendapatkan foundation yang sesuai dan terbaik untuk kulit kering, kamu tak perlu cari yang mahal dan jauh. Di Watson juga ada banyak jenama popular yang mempunyai foundation khas untuk kulit kering dengan harga yang jauh lebih berpatutan.

 

1 – Loreal Infallible Stay Fresh Foundation

 

Foundation ini boleh jadikan makeup kamu tahan lebih lama sehingga 24 jam dan tak perlu minyak tambahan untuk jadikan ia lebih mudah di’blend’. Satu lapisan saja sudah memadai untuk menutupi segala jenis parut dan jerawat halus.

 

2 – Loreal True Match Liquid Foundation

Foundation-Di-Watson-Yang-Sesuai-Untuk-Kulit-Kering-3

Foto – jeanmilka.com

 

Jika kamu perlukan lebih banyak pilihan shade, kamu boleh cuba dapatkan Loreal True Match Liquid Foundation. Teksturnya lebih moisture dan sangat sesuai untuk jenis kulit kering. Cuma foundation ini perlukan beberapa lapisan untuk mencapai tahap full coverage.

 

3 – Bourjois Healthy Mix Foundation

Foundation-Di-Watson-Yang-Sesuai-Untuk-Kulit-Kering-4

Foto – idntimes.com

 

Jenama foundation Bourjois merupakan antara kegemaran orang ramai. Zaman dahulu, ramai orang di Malaysia sanggup membeli foundation ini dari luar negara kerana waktu itu jenama ini belum masuk ke Malaysia. Namun, sekarang kamu hanya boleh dapatkannya di Watsons yang berdekatan. Teksturnya agak ringan dan mudah meresap tetapi sangat melembapkan kulit.

 

4 – Wardah Exclusive Liquid Foundation

Foundation-Di-Watson-Yang-Sesuai-Untuk-Kulit-Kering-5

Foto – dewiyang.com

 

Formulasi foundation Wardah Exclusive Liquid Foundation mampu menutup cela pada wajah dengan sempurna. Teksturnya yang sangat lembut dan diperkaya dengan ejen pelembap kulit sangat sesuai untuk jenis kulit kering. Ia juga mengandungi SPF untuk melindungi kulit kita dari cahaya UV!

 

Kesemua foundation yang disenaraikan di atas, kamu boleh dapatkannya dengan mudah di Watsons berdekatan dengan harga yang sangat berpatutan. Dah tak perlu nak shopping jauh-jauh lagi semata-mata untuk mencari foundation yang sesuai dengan jenis kulit!

 

Love, Sarah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese