Foundation Tahan Lama Untuk Mekap / Mekap Pengantin

Sudah tentu kamu pernah mengalami situasi makeup cair atau bercapuk terutamanya ketika waktu tengah hari atau saat kamu berpeluh. Pelbagai variasi foundation long-lasting yang ada di pasaran dengan harga mampu milik. Pastinya kamu keliru mana satu yang sesuai untuk kamu bukan?

Fret not! Jom lihat senarai di bawah untuk jenama foundation yang mungkin sesuai untuk kulit wajah kamu.

 

1/5  WET N WILD Photo Focus

 

 

WET N WILD ini dikenali sebagai favorite drugstore brand yang berasal dari negara Amerika Syarikat. Foundation ini direka khas untuk wajah tampil lebih fresh tanpa bercapuk. Selain itu, ia juga mampu menutupi kesan cela pada liang pori yang besar, jerawat dan juga parut pada kulit wajah.

Kesan matte foundation ini amat sesuai untuk kamu yang berkulit kombinasi dan berminyak. Teksturnya ringan dan senang diratakan pada kulit. Ia membuatkan kulit wajah kamu nampak seperti ada kesan filter! 

 

 

2/5  Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place SPF10

 

 

Bagi kamu yang inginkan makeup kekal lama dengan menggunakan foundation high-end, Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place ternyata dicipta buat kamu. Foundation ini sememangnya menjadi favorite beauty guru dan makeup artist professional kerana foundation ini tidak mudah comot dan kelihatan natural kepada si pemakainya. Bagi kamu yang cepat berpeluh, inilah foundation yang akan membuatkan kamu stay confident in wearing your makeup! Tak perlu gusar lagi dengan foundation ini yang tidak akan membuatkan mekap kamu bercapuk ketika berpeluh.

 

Teksturnya agak ringan seperti tidak memakai apa-apa pada wajah. Kesan matte pada kulit dapat mengelakkan kulit kamu dari berminyak secara berlebihan. Lagi ajaibnya, foundation ini bersifat full coverage dan kalis air tau. Jadi, ianya bebas minyak dan sesuai untuk semua jenis kulit dalam apa jua keadaan sekalipun. Highly recommended!

 

 

3/5  Wardah Exclusive Liquid Foundation

 

5-Foundation-Tahan-Lama-Untuk-Makeup-3

Foto – review.bukalapak.com

 

Foundation jenis cecair ini sesuai digunakan bagi kamu yang aktif bersukan. Ia bukan saja ringan pada wajah malah wajah kamu tidak akan cepat berminyak dan makeup ini boleh kekal bertahan sehingga 14 jam. Seleksi warna foundation ini sesuai untuk kamu yang bertona kulit sawo matang!

 

 

4/5  MAKE UP FOR EVER Ultra HD Foundation

 

5-Foundation-Tahan-Lama-Untuk-Makeup-4

Foto – simplysona.com

 

Bagi kamu yang bakal menjadi raja sehari tak lama lagi, foundation Make Up For Ever Ultra HD ini memang direka khas untuk kamu. Pastinya kamu ingin merakam momen terindah saat berlangsungnya majlis perkahwinan nanti. Paling penting, makeup pengantin wajib on point! Formula foundation ini waterproof dan tahan lama malah ia juga mempunyai formula cecair yang full coverage.

Sifatnya yang full coverage ini mampu menutup cela dan parut. Maka, terhasillah solekan yang kelihatan flawless, natural dan perfect!

 

 

5/5  MAYBELLINE Superstay Full Coverage 24H Liquid Foundation

 

5-Foundation-Tahan-Lama-Untuk-Makeup-5

Foto – thebeautyjunkee.blogspot.com

 

Maybelline tampil dengan produk keluaran terbarunya iaitu Maybelline Superstay Full Coverage 24H Liquid Foundation selepas foundation Maybelline FitMe menjadi popular dalam kalangan peminat drugstore. Formula foundation ini dicipta bebas minyak dan tidak menyumbat liang pori kamu. Ya, full coverage dengan harga berpatutan. Bukan itu saja, formula foundation ini membuatkan kamu tampil segar dan glam setiap waktu! Teksturnya lebih baik dari Maybelline FitMe Foundation. Jangan risau jika kamu mempunyai kulit jenis berminyak. Maybelline bakal menjadi penyelamat kamu. Well, maybe it’s Maybelline!

Happy Shopping!

 

Wait! Jom Tengok Review Dulu?

WET N WILD Photo Focus

 

 

Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place SPF10

 

 

MAKE UP FOR EVER Ultra HD Foundation

 

MAYBELLINE Superstay Full Coverage 24H Liquid Foundation

 

Feautred image — upjourney.com

Love, Syaza

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese