Foundation-Terbaik-&-Tahan-Lama-Untuk-Kulit-Berminyak-7

Foundation Terbaik & Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak

Rasa rimas bila tiap kali nak mekap sebab kulit cepat berminyak. Foundation pun mula bercapuk. The whole face will look terrible too!

Dengan keadaan cuaca panas di Malaysia ini, wanita yang mempunyai kulit jenis berminyak pasti mempunyai sedikit masalah untuk memilih foundation yang terbaik dan sesuai dengan jenis kulit. Tahukah kamu sebenarnya banyak foundation di drugstore yang punya formula yang bagus?

 

 

Bila sebut drugstore pasti semuanya mampu milik! Namun, perkara yang paling utama sekali adalah kamu perlu menggunakan foundation yang sesuai dengan jenis kulit wajah kamu. Jadi, apakah foundation yang sesuai untuk kulit berminyak?

 

 

FOUNDATION TERBAIK UNTUK KULIT BERMINYAK DI WATSON

 

  1. Maybelline Fit Me Matte & Poreless Liquid Foundation

 

Foundation jenis matte adalah foundation terbaik untuk kulit berminyak kerana ia di formulasi dengan aqua iaitu bahan berasaskan air dan bebas minyak. Diperkaya dengan micro-powders, jadi foundation ini mampu membantu mengawal lebihan minyak di wajah kamu. Ia juga boleh mengecilkan liang pori untuk menghasilkan kemasan yang rata dan memberi kesan kulit yang tampak lebih flawless.

 

  1. Wardah Exclusive Liquid Foundation

 

Tekstur foundation Wardah Exclusive Liquid Foundation ini sangat lembut dan ringan. Foundation ini tidak akan menjadikan wajah kamu terasa heavy kerana ia mudah menyerap dan seolah-olah kamu tidak memakai sebarang solekan. Jadi, ia sangat sesuai untuk kulit berminyak dan menjadikan ia tahan lebih lama. Tambahan pula, foundation ini mengandungi bahan pelindung UV dan juga ejen teknologi soft-focus yang mampu memberi efek glass skin pada wajah.

 

  1. Essence Matt Mousse Make Up

 

Mousse foundation hampir sama dengan foundation jenis cream tetapi teksturnya lebih nipis, lembut dan breathable. Ia membolehkan kulit kamu bernafas dan menjadikan ia tampak lebih natural pada wajah kamu.

 

  1. SimplySiti Gold Edition Cushion Foundation

 

Pasti ramai sudah mengenali jenama selebriti tanah air ini. Cushion foundation daripada SimplySiti ini mengandungi SPF25 sebagai pelindung sinaran UV dan di formulasi dengan teknologi ejen soft-focus yang memberi kesan glow dan flawless. Ia tidak akan menjadikan makeup terlalu cakey dan satu lapisan pada kulit saja sudah memadai untuk menutupi kesan cela di wajah kamu.

 

  1. Revlon Colorstay Foundation

 

 

Formulasi foundation ini telah terbukti untuk menjadikan mekap kamu tahan lebih lama walaupun pada kulit berminyak. Rumusan bahannya yang ringan dan ringkas tidak akan membuatkan foundation kamu kelihatan bercapuk dan memberi kesan flawless pada wajah. Dengan teknologi ‘time release’ yang diperkenalkan pada formulasi ini, ia akan lebih membantu dalam mengawal dan menyerap minyak yang berlebihan pada kulit kamu. Amazingnya!

 

Tunggu apa lagi? Pergi Watsons cepat! Harga yang sangat berpatutan dan tak akan membuatkan akaun bank kamu menangis!

Love, Sarah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese