handsome-guy-2020-fesyen-rambut-panjang-untuk-lelaki-pilihan-ohfesyen-7

Handsome Guy 2020 : Fesyen Rambut Panjang Untuk Lelaki

Kalau cakap soal penggayaan rambut panjang bagi lelaki, topik sebegini dianggap janggal suatu masa dahulu. Berbagai-bagai tanggapan negatif yang diberikan jika lelaki menyimpan rambut panjang sebegini. Namun fasa tersebut telah berubah mengikut peredaran zaman. Fesyen rambut lelaki pada masa kini telah mencipta kelainan tersendiri. Fesyen rambut seperti ini juga melambangkan sifat keperibadian seseorang lelaki serta dapat mencipta identiti tersendiri.

 handsome-guy-2020-fesyen-rambut-panjang-untuk-lelaki-pilihan-ohfesyen-6.
Lelaki berambut panjang sebenarnya lebih suka bereksperimentasi dengan penampilan diri sendiri. Gaya rambut sebegini banyak digayakan oleh golongan pemuzik, penyanyi, pelakon serta atlet. Ini kerana imej penampilan adalah sangat penting bagi mereka supaya dapat menarik perhatian masyarakat tehadap mereka dan seterusnya menjulang populariti yang tinggi terhadap kerjaya masing-masing.

 

OHFESYEN akan berkongsi fesyen rambut panjang untuk lelaki kacak tahun 2020. Jadi untuk lelaki-lelaki diluar sana yang menyimpan hasrat berambut panjang, korang kena teruskan membaca artikel di bawah ini!


Cara Memilih Gaya Rambut Lelaki Panjang

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

 

Terdapat beberapa contoh yang korang boleh jadikan sebagai rujukan jika mahu berambut panjang. Rambut sebegini sebenarnya memerlukan penjagaan yang rapi setiap hari agar tak nampak kusut dan serabai. Bentuk muka juga tetap perlu diberi perhatian supaya imej rambut panjang sebegini sesuai dengan wajah kamu. 

 


Fesyen Rambut Panjang Lelaki 1

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Post gambaq tahun lepaih laa.. Tahun ni xdak gambaq🤣 Salam lebaran..😉🙏

A post shared by aweera_official (@aweera_official) on

 

Jika korang memiliki rambut jenis kerinitng tebal, tak perlu gusar untuk menyimpan rambut panjang. Ini kerana lelaki dengan rambut panjang sebegini akan kelihatan menarik dengan gaya rambut kerinting curvy tebal. Rambut kerinting yang jatuh secara mendatar ke bahu sangat menarik bentuknya. Gaya rambut seperti ini sangat sesuai bagi lelaki yang memiliki bentuk wajah yang luas.

 

 

Fesyen Rambut Lelaki Panjang 2

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#fujifilmmy

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on

 

Gaya rambut klasik seperti ini banyak digayakan oleh lelaki yang merupakan peminat rambut panjang pada masa kini. Stail rambut lurus dibahagian atas dan mengerbang di bawah membawa penampilan yang berbeza serta menyerlahkan lagi sisi maskulin bagi seorang lelaki berambut panjang. Jika diikat ke belakang akan nampak lebih macho gitu!

 


Stail Rambut Panjang Lelaki Terkini

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

How Bout 6

A post shared by Jaden Smith (@c.syresmith) on

 

Stail rambut dreadlock atau rambut gimbal seperti ini, pada asalnya dipopularkan oleh golongan Rastafarian daripada Jamaica. Struktur dan gaya rambut seperti ini kelihatan berbeza-beza tetapi secara umumnya rambut ini akan kelihatan seperti tali. Gaya rambut ini diperoleh melalui teknik dandanan dan amat sesuai jika kamu memiliki bentuk muka bujur.

 

 

Stail Lelaki Rambut Panjang 2020

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Potong rambut kat rumah and this is the result

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

 

Gaya rambut panjang ikal mayang seperti ini paling popular pada masa kini. Ia sesuai jika korang mempunyai rambut yang lurus. Bukan rambut yang diluruskan di saloon ya! Rambut ikal adalah rambut yang lahir lurus dari akar anak rambut dan akan mengerinting atau beralun di hujungnya. Gaya rambut seperti ini tidak perlu lagi disikat. Hanya rapikan menggunakan jari dan seterusnya ia akan nampak lebih natural dan seksi. Selain itu, ia juga dapat menonjolkan imej yang berani dan berketrampilan kepada pemiliknya.

 

Bonjour, Firdaus

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese