Antara-6-Jenis-Facemask-Ini-Mana-Yang-Terbaik-Untuk-Kamu-?-7

Ini 6 Jenis Facial Mask, Mana Yang Terbaik Untuk Kamu?

Let the facemask do the magic!

Pernah atau tidak kamu keliru nak beli facial mask di Watsons atau Guardian? Atau dekat mana-mana beauty store. Dengan pilihan yang pelbagai jenis dan fungsi, kamu pasti pening untuk buat pilihan bukan? Tanpa berfikir panjang, kamu terus mencapai face mask yang viral di sosial media dan yakin ianya akan beri hasil yang menakjubkan.

 

Basic skincare (cleanser, toner, moisturizer, sunscreen) saja tak cukup untuk menjaga kulit dengan betul. Sebab itu kamu memerlukan penjagaan tambahan seperti facial mask. Kadang-kadang walaupun pakai skincare yang lengkap tetapi kulit masih breakout.

 

 

Banyak penyebab muka jadi breakout. Ada yang muka breakout tak menentu. Ada juga yang breakout setiap masa, selalunya mereka yang mempunyai kulit jenis acne-prone. Antara penyebab yang membuatkan kulit kamu breakout adalah kandungan gula dalam badan dan kurang tidur.

 

Kadar gula yang tinggi dalam badan boleh merosakkan serat protein yang bergantung kepada kolagen dan elastin untuk menjaga kulit agar tetap lembap dan sihat. Banyak proses pembaikan badan berlaku semasa tidur. Waktu tidur yang tak menentu akan mengganggu pergantian dan pembaikan sel kulit dan membuat tubuh menjadi stres dimana akan mengakibatkan keradangan, termasuk jerawat.

 

 

Kulit normal tak ada jerawat pun kena pakai face mask ke?

Tak kiralah kulit kamu jenis normal, kering atau berminyak sekalipun, kamu tetap perlu menghidratkan semula sel-sel kulit wajah. Well, thanks to facemask!

 

 

Apa Jenis Kulit Kamu & Facial Mask Apa Yang Sesuai?

 

Dua benda yang kamu perlu pertimbangkan ketika memilih facial mask. Jenis kulit & usia. Kulit yang lebih muda dan berjerawat mempunyai keperluan yang berbeza daripada kulit yang lebih tua dan lebih lembut.

 

Apa condition kulit kamu saat itu? Adakah kulit kamu sedang breakout? Atau kulit kamu terlalu sensitif disebabkan eczema, kemerahan yang disebabkan sunburn? Pilih facial mask yang mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti oatmeal dan aloe vera yang berfungsi menenangkan kulit sensitif dan kemerahan atau sunburn.

 

Persekitaran juga memainkan peranan. Kulit kering sehingga menggelupas disebabkan duduk office terlalu lama. Mungkin juga tidur dalam bilik yang beraircond. Hydrating mask will help!

 

 

Jenis Facial Mask Yang Kamu Perlu Tahu

 

Sheet Mask

 

Mempunyai banyak jenis mengikut keperluan kulit. Contohnya, sheet mask moisturizing adalah untuk kulit kering. Sheet mask tea tree pula lebih sesuai untuk kulit berjerawat. Tips menggunakan sheet mask yang betul adalah memakai selama 10-20 minit TANPA bilas dengan air. Pakai pelembap selepas menanggalkannya. Mungkin kulit wajah kamu akan rasa melekit tetapi ianya hanya beberapa minit sahaja.

Sesuai untuk: semua jenis kulit mengikut formula yang terkandung.

Recommended:

DR.MORITA Hyaluronic Acid Essence Facial Mask (All skin type)

DR.MORITA Hyaluronic Acid Moisture Essence Facial Mask (All skin type)

NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Mask (Oily & Combination)

Innisfree My Real Squeeze Mask (dry skin)

 

 

Clay Mask

 

Clay mask adalah sejenis masker yang diperbuat daripada beberapa jenis tanah liat seperti kaolin dan bentonit. Ia mampu mengeluarkan lebihan minyak dari liang pori kamu yang tersumbat dengan pelbagai jenis kotoran. Sekaligus dapat mencegah dari jerawat, blackhead dan whitehead. Ada juga jenis claymask yang elok untuk kulit kering. Tetapi jangan pakai terlalu kerap kerana akan menyebabkan kulit bertambah kering.

Sedikit tips, wapkan muka dengan air suam sebelum memakai clay mask supaya ia mudah merawat liang pori kamu yang akan lebih terbuka selepas proses pengewapan.

Sesuai untuk: Semua jenis kulit, terutamanya kulit berminyak.

Recommended:

Aztec Secret Indian Clay Mask

Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Kiehl’s Rare Earth Deep Pore Cleansing Mask

 

Gel Mask

 

Gel mask ini mengandungi bahan-bahan yang menenangkan dan sesuai untuk kulit kering dan sensitive yang memerlukan penghidratan.

Sesuai untuk: Kulit Kering dan Sensitif

Recommended:

Peter Thomas Roth Blue Marine Algae Intense Hydrating Mask 

Kiehl’s Calendula & Aloe Soothing Hydration Masque

 

Peel-Off Mask

 

Lebih kurang clay mask. Cuma ia tak perlu dicuci tetapi perlu dikopek. Peel-off elok untuk jerawat atau membaiki liang pori. Kamu akan mengalami pengelupasan ringan saat kamu mengupasnya.

Sesuai untuk: Semua jenis kulit

Recommended:

Origins GinZing Peel Off Mask To Refine & Refresh

Nature Republic Real Squeeze Aloe Vera Peel Off Face Mask

 

Sleeping Mask

 

Sangat membantu untuk kulit yang memerlukan extra hidrasi. Lebih-lebih lagi kalau kulit terlalu kering. Memang sangat sesuai untuk kamu pakai pada waktu malam sebelum tidur untuk meningkatkan penghidratan. Kamu akan rasa seperti magik saat bangun dari tidur!

Sesuai untuk: Kulit kering

Recommended:

Laneige Water Sleeping Mask

Shiseido the Ibuki Beauty Sleeping Mask 

 

Cream Mask

 

Lebih kurang sleeping mask. Cuma tekstur cream mask lebih pekat berbanding sleeping mask yang bertekstur gel. Cream mask kaya dengan minyak dan pelembap yang menembusi secara mendalam dan membaiki semula sel-sel kering. Mask yang mengandungi asid hialuronik mempunyai manfaat tambahan untuk menarik dan mengunci kelembapan untuk mengumpulkan sel-sel kulit rata, sementara ekstrak alga akan membantu mengetatkan dan mengukuhkannya.

Sesuai untuk: Kulit normal dan kering

Recommended:

Too Cool For School Egg Cream Mask

Estee Lauder Perfectly Clean Multi-Action Creme Cleanser/Moisture Mask

 

Summary

Kulit Normal – Semua jenis mask ikut keperluan semasa

Kulit Kering – Cream Mask, Sleeping Mask, Sheet Mask (hydrating)

Kulit Berminyak – Gel Mask, Clay Mask, Peel-off Mask

Kulit Kombinasi – Gel Mask, Sheet Mask, Cream Mask

 

Love, Wawa Adams

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese