Jadi Ikon Lelaki Dengan Fesyen Rambut Kerinting Ini!

 

Jadi-Ikon-Lelaki-Dengan-Fesyen-Rambut-Kerinting-Ini-!-1

Foto – unsplash.com

 

Bukan wanita saja yang mementingkan penggayaan rambut, tapi golongan lelaki juga sangat mementingkan gaya dan menjaga kekemasan rambut mereka untuk tampil lebih yakin dan handsome! Golongan sebegini sentiasa mengikuti trend semasa dengan mengenakan gaya potongan baru yang biasanya ditiru dari selebriti-selebriti terkenal seperti pemain bola sepak, artis luar negara dan lain-lain. Tapi ingat, tak semua gaya rambut sesuai untuk kamu. Semuanya bergantung pada bentuk wajah.

Jom lihat fesyen rambut kerinting lelaki yang menjadi trend masa kini yang boleh digayakan dalam apa jua situasi. Jangan lupa untuk save di gallery!

 

 

Style #1: Curly Hair Taper Fade

Jadi-Ikon-Lelaki-Dengan-Fesyen-Rambut-Kerinting-Ini-!-2

Foto – unsplash.com

 

Gaya yang versatile ini kebanyakannya menjadi pilihan selebriti Hollywood. Potongan clean-cut dipotong dengan sangat rapat dengan kulit kepala pada bahagian tepi kiri dan kanan kepala, membiarkan rambut kerinting panjang di bahagian hadapan atas kepala tetapi masih mengekalkan kekemasan supaya tidak kelihatan serabai. Menjadi kelebihan buat kamu yang mempunyai rambut ikal kerana tidak memerlukan maintenance yang tinggi untuk mengekalkan rambut yang beralun kerinting. Pastikan rambut kamu bebas kelemumur kerana potongan clean-cut di bahagian tepi akan menampakkan kulit kepala kamu. Fesyen ini lebih sesuai dikenakan jika wajah kamu sedikit panjang atau bujur.

 

 

Style #2: Korean Wavy Look

                                                               

Adaptasi dari gaya selebriti Korea, gaya rambut kerinting panjang menutupi dahi seperti Lee Min Ho dalam cerita K-Drama – The Legend of The Blue Sea juga menjadi kegilaan peminat Kdrama, kelihatan agak messy tetapi glam dan macho jika kena dengan gaya dan stail pemakaian. Jangan gayakan rambut ini jika kamu mahu menyimpan jambang, misai dan janggut kerana ia akan membuatkan kamu kelihatan tidak kemas. Bentuk wajah yang lonjong dan panjang sangat sesuai dipadankan dengan potongan rambut ini.

 

 

Style #3: Blowout Haircut

Jadi-Ikon-Lelaki-Dengan-Fesyen-Rambut-Kerinting-Ini-!-4

Foto – unsplash.com

          

Penampilan ini kebiasaannya digayakan oleh selebriti, senang diurus kerana rambut mereka semulajadi kerinting. Kemas dipandang, sudah pasti! Bahagian atas rambut dibiarkan sedikit panjang berkerinting, sisi tepi dan belakang dipotong tipis dan tirus hingga rapat ke kulit kepala. Potongan ala-ala afro ini sangat elok sekiranya dikeringkan secara semulajadi tanpa menggunakan hair dryer. Untuk mengekalkan tekstur beralun tersebut perlu dikemaskan lagi dengan memakai wax atau pomade agar rambut kelihatan tebal, segak tak berganjak.

 

 

Style #4: Curly Fringe

Jadi-Ikon-Lelaki-Dengan-Fesyen-Rambut-Kerinting-Ini-!-5

Foto – unsplash.com

 

Orang selalu kata lelaki berjambang ni seksi. Tak banyak gaya rambut kerinting yang sesuai untuk dipadankan dengan jambang, risau hanya akan buat wajah kamu semakin serabut. Namun, kamu boleh cuba gabungkan keduanya dengan gaya curly fringe! Rambut dibelah tepi dan biarkan alunan rambut mengikut belahan yang dibuat hingga menurun cantik ke bawah. Elakkan syampu rambut setiap hari kerana boleh menyebabkan ianya mudah rosak dan kering.

Mempunyai potongan rambut kerinting dan beralun mampu menampakkan seorang lelaki itu lebih versatile dan up-to-date! Ditambah dengan kumis dan jambang yang kemas, sesuai dengan potongan rambut dapat menonjolkan lagi ciri-ciri kelakian yang ada pada diri. Pastikan jika kamu teringin memiliki gaya rambut begini, jagalah kebersihan diri dan wajah. Penjagaan diri dan wajah yang sempurna melengkapkan lagi penampilan diri lelaki maskulin tanpa perlu bergaya dengan pakaian mewah.

 

Love, Syaza.

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese