Koleksi Lipstik NITA Cosmetics Pasti Buat Kamu Obses

Yes, im truly obsess!

 

Ini adalah kali kedua saya mencuba lipstik jenama lokal. Selepas jatuh hati dengan Matte Lipstick daripada Velvet Vanity, saya semakin tertarik untuk cuba lebih banyak lipstik jenama lokal. Well, kalau bukan orang kita yang support, siapa lagi kan?

 

Namun, saya seorang yang agak picky atau kata lain, cerewet. Hiks. Kali ini saya memilih Nita Cosmetics! Wanna know why? Benda pertama yang menarik perhatian saya adalah the packaging itself. Dan juga kreativiti.

 

Bagi saya, packaging adalah sangat penting untuk sesuatu jenama (especially new brand) untuk menarik perhatian customer yang berpotensi. Siapa je yang tak suka benda cantik, comel? Kedua adalah kualiti.

 

Bungkus Mini Liquid Matte Lipsticks – Balik Kampung

 

Shade: Sarsi, Ais Kacang, Jambu Ais, Sago, Teh Ais

Harga: RM49

 

Edisi Balik Kampung ini sebenarnya ada 5 pilihan set yang berlainan. Semuanya hadir dalam set mini yang kamu boleh pilih antara Liquid Matte Lipstick atau Bullet Lipstick. Disebabkan saya lebih suka dengan lipstik jenis liquid matte, saya pilih set Balik Kampung Bungkus Liquid Matte Lipsticks!

Jadi ini pendapat saya tentang koleksi Nita Cosmetics edisi Balik Kampung Mini Liquid Matte Lipsticks. Semestinya yang terpaling jujur.

 

Mengenai bungkusan

Seperti yang kamu lihat dalam gambar, it’s cute right!? Full of pink color! Saya suka dengan packaging Nita Cosmetics yang sangat klasik, sesuai dengan konsep koleksi ini yang penuh dengan vibe kampung. Keseluruhan packaging dan konsep jenama NITA juga sebenarnya penuh dengan adat istiadat, tradisi, dan makanan tempatan dalam setiap produk keluarannya. It truly Malaysians feel!

 

Formula pula macam mana?

Seakan tak percaya dengan produk lokal yang mampu hasilkan lipstik dengan kualiti yang setanding produk antarabangsa. Bukan bercanda. Tetapi kebenaran. Sangat powdery, seolah tak memakai lipstik langsung! Cuma ada warna yang sangat lembap di bibir dan ada warna yang sedikit kering. Mungkin perlu calit sedikit lip balm pada bibir sebelum pakai lipstik? Or you need to treat your lips every night sis. I would like to recommend Laneige Lip Treatment! Percayalah, kamu akan lihat keajaiban di bibir.

 

Perlu touch-up balik ke?

Yes! Seperti formula, ada warna yang sangat lembap (moisturizing) ada yang agak kering. Pigmentasi untuk lipstik ini adalah tidak sama. Warna yang terang beri pigmentasi yang lebih baik. Warna yang lembut seperti Teh Ais dan Sago memerlukan touch-up selepas menikmati Nasi Lemak Ayam Berempah ekstra sambal di Village Park.

 

Lipstik ni ada bau makanan ke?

In your dream, sis. Tak ada sebarang bau ya. But it would be amazing if they have different scents for every shades. Bayangkan kalau setiap lipstik ada bau mengikut nama setiap warna. Saya yakin dan pasti semua customer akan kelaparan. Termasuklah saya. Hahahaha.

 

Apa yang saya suka dengan lipstik ini?

Pertama, saya perlu katakan THE WHOLE IDEA about this lipsticks. Produk kosmetik lokal yang betul-betul mempamerkan atau membanggakan tradisi Malaysia, the feelings and vibe you know? Dan bayangkan kalau NITA cosmetics masuk pasaran antarabangsa lepas ini? Secara automatiknya tradisi Malaysia dapat dikembangkan dengan lebih baik.

 

 

Hadir dalam mini size yang SANGAT SANGAT SANGAT comel, kamu boleh bawa kesemua warna tersebut bersama kamu setiap masa. Bukan saja muat untuk diletak dalam beg, malah wallet kamu juga ya sis. Saiz yang kecil sebesar jari kelingking je!

 

Apa pula yang saya kurang suka?

 

Hanya satu perkara yang saya sedikit kecewa. Pada mulanya teruja saat menerima parcel dari NITA tetapi agak kecewa bila melihat bungkusan kotak lipstik yang kemek. Bukanlah isu yang besar, but first impression is matter juga okay. Maafkan saya yang sedikit fussy ini. Hiks!

 

Luckily, I love all the colours! Sesuai dengan kulit saya yang kuning langsat.

 

Sekian saja review saya yang paling jujur.

 

Opsss..kamu boleh dapatkan koleksi NITA cosmetics ini dekat website

https://nitacosmetics.com/lips 

 

Jangan lupa #supportlocal !

 

Love, NK.

 

 

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese