Kosmetik Online Terbaik & Murah Dari Korea Di Malaysia

 

 

Memiliki kulit secantik artis Korea menjadi idaman semua golongan. Baik lelaki atau perempuan. Orang Korea cukup sinonim dengan kulit lembut glowing, cerah, lembap, bersih, segar dan tanpa lingkaran gelap bawah mata. Masyarakat Korea seringkali dikaitkan dengan pembedahan plastik namun cuba kita perhatikan, tanpa pembedahan plastik pun kulit mereka sememangnya sangat cantik dan bersih. Pembedahan plastik hanya merubah bentuk wajah mereka. Dari segi penjagaan kulit pula bagaimana?

Jom kita lihat jenama kosmetik terbaik dari Korea yang mendapat nama dan dipasarkan meluas secara online di Malaysia dengan harga yang murah!

 

 

K-Beauty #1: Klairs

 

Klairs Toner berfungsi sebagai deep hydrating toner yang membantu merawat kulit kering. Setiap kosmetik Korea sememangnya sangat mementingkan dan mengutamakan kelembapan kulit. Kulit kering lah punca terjadinya kulit kusam tak bermaya dan mudah berkedut. Toner ini sesuai untuk semua jenis kulit dan mempunyai PH balance yang seimbang. Bagi kamu yang bermasalah kulit berminyak, ia mampu menyingkirkan minyak berlebihan manakala masalah kulit kering pula, ia dapat menambah kelembapan kulit wajah. Harganya sekitar RM80 (180ml).

 

 

K-Beauty #2: Some By Mi

 

Jenama rangkaian Some By Mi ini cukup popular! Hot selling itemnya yang digilai ramai adalah Snail Truecica Miracle Repair Serum atau lebih dikenali sebagai serum siput. Membantu untuk membaiki kerosakan kulit serta memudarkan parut jerawat. Sangat disyorkan kerana keselesaannya pada kulit dan tiada kandungan merbahaya. Pemakaian serum ini sebelum mekap boleh mengekalkan mekap kamu bertahan lebih lama. Harganya sekitar RM80-90 sahaja.

 

 

K-Beauty #3: Neogen

 

Pelbagai produk dari rangkaian Neogen juga terkenal seperti cleansing foam, cleansing oil dan bio-peel gauze, Kandungan serum wain yang terkandung dalam Neogen bio-peel ini bermanfaat sebagai anti-aging dan menyingkirkan sel kulit mati. Malah, sisa kotoran yang menyumbat pori-pori pada wajah juga dapat dinyahkan. Untuk pengetahuan kamu, Beauty Vlogger, Joan Kim yang berasal dari Korea telah membongkarkan rahsia kecantikannya yang telah menggunakan produk dari rangkaian Neogen sejak tahun 2018. Tunggu apa lagi, cepat dapatkan produk Neogen sekarang!

 

 

K-Beauty #4: Cosrx

 

Dari pelbagai masalah kulit, hanya dengan satu jenama ini saja mampu merawat kesemua kerisauan kamu. Corsx adalah antara produk kosmetik yang paling laris di Malaysia. Mengamalkan produk Cosrx tidak akan mengelupaskan kulit kamu kerana ia telah dicipta khusus untuk masalah kulit sensitif. Tekstur yang mesra dengan kulit wajah membuatkan sesiapa sahaja tidak rimas dengan pemakaiannya. Sistem kawalan minyak juga dapat diatur dengan baik bergantung kepada tahap masalah kulit wajah kamu.

 

 

Dah tiba masa untuk kamu menukar set penjagaan wajah kepada set skincare dari Korea ini! Beribu feedback dan review positif dapat kita lihat dari pengguna produk K-Beauty yang menjadi trend masa kini. Itulah antara sebab kenapa selebriti Korea mempunyai jutaan peminat dari seluruh negara. Melihat wajah mereka saja membuat hati kita semua tertawan.

Love, Syaza.

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese