Langsir-Wana-Biru-Confirm-Jiran- Sebelah-Nak-Tiru-9

Langsir Warna Biru, Confirm Jiran Sebelah Nak Tiru!

Cantik Langsir Rumah Kau Jahhh… Mana Beli ni!

 

Langsir-Wana-Biru-Confirm-Jiran- Sebelah-Nak-Tiru-1

Foto – fabricati.com

 

Kehidupan berjiran sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. Apa sahaja yang kita buat pasti akan menarik perhatian. Lebih-lebih lagi kalau jiran kita jenis yang ‘kepochi’ atau suka ambil tahu akan hal kehidupan kita. Tak salah sebenarnya berbuat baik dengan jiran. Andai kata kita perlukan pertolongan, orang yang paling hampir dengan kita sudah tentulah jiran sebelah. Jika kita bersikap sombong sesama jiran confirm suatu musibah yang menimpa terpaksa kita hadapi sendiri.

 

 

Berbicara mengenai soal penggayaan rumah, apa kata kamu cipta suatu kelainan. Beri satu kejutan yang ‘wow’ kepada jiran kamu. Buat satu pembaharuan yang sememangnya kamu tidak pernah terlintas untuk melakukannya sebelum ini. Cuba ubah warna langsir di jendela kamu dengan warna biru! Oh fesyen yakin, jiran kamu pasti nak tiru kelainan ini.

 

 

“Cantik langsir kau Jah, mana beli?” Lalu kamu pun tersenyum bangga, bukan? Jadi apakah keistimewaan warna biru ini yang confirm jiran sebelah pun sibuk nak tiru? Jom sambung baca lagi perkongsian dari OHFESYEN dibawah ini.

 

Keistimewaan Langsir Warna Biru

 

Meriah betul rumah bila langsir biru dipadankan di sekeliling ruang. Warna biru ini sebenarnya dapat mempengaruhi emosi setiap individu dan seterusnya membangkitkan suasana yang harmoni. Selain itu biru juga melambangkan perpaduan dan kedamaian dimana perkara ini sangat penting dalam kehidupan berjiran.

 

Kelebihan Langsir Warna Biru

 

Langsir biru seperti ini confirm dapat menggiurkan lagi jiran sebelah kamu sampai nak tiru. Apatah lagi jika dipasang dihadapan pintu masuk. Ini kerana warna biru ini membawa kelebihan dengan memberi banyak pengaruh positif  pada tubuh dan pemikiran setiap individu. Warna biru juga boleh melahirkan perasaan yang tenang.

 

 

Memakai langsir warna biru seperti ini selalunya dapat dijadikan sebagai warna yang santai. Warna ini juga dapat menurunkan tekanan darah, suhu tubuh serta dapat seimbangkan kadar denyutan jantung. Selain itu juga warna biru ini dapat meningkatkan daya ingatan.

 

 

Menurut pandangan psikologi, langsir rona biru tua sebenarnya mampu merangsang pemikiran yang baik dan seterusnya dapat meningkat konsentrasi. Warna biru tua ini juga diyakini dapat merangsang kemampuan dalam bekomunikasi dan merupakan simbol kekuatan dalam kehidupan.

 

 

Biru Moden & Sofistikated

 

Fuh! Ruang tamu macam ni baru nampak mewah seperti hotel. Selain dari langsir yang cantik, ruang tamu juga harus dititikberatkan kerana ia adalah tempat untuk berehat dan melayan tetamu yang bertandang. Secara tidak langsung, tetamu akan beri tanggapan pertama tentang personaliti dan sikap kamu dengan hanya melihat sekililing mereka. Sama ada kamu seorang yang sistematik dan kemas atau sebaliknya. Tak guna kalau langsir cantik tapi ruang tamu bersepah macam tongkang pecah.

 

 

 

Yang penting, perlulah tahu kombinasi warna yang sesuai dengan langsir berona biru. Kombinasi warna yang salah juga akan menghasilkan ruang yang hodoh. 

 

Bonjour, Firadus.

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese