Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi Elak Sakit Sembelit

Najis bayi akan sentiasa berubah sepanjang tempoh pembesarannya dari hari pertama sehingga penghujung tahun pertama umurnya. Sepanjang tempoh ini, ibu bapa harus peka dalam memeriksa kekerapan, kepejalan dan warna najis untuk menentukan ia normal atau sebaliknya.

Bayi yang sering diberi susu badan jarang mengalami masalah sembelit berbanding bayi yang diberi susu formula. Susu ibu mempunyai nutrien yang sangat banyak untuk mengekalkan kelembutan najis manakala bayi yang diberi susu formula harus dipastikan membuang air besar setiap hari bagi mengelakkan berlakunya sembelit.

Jom lihat beberapa jenis makanan bayi untuk elak sembelit.

 

Makanan #1: Buah Prun

Foto – wanita22.com

Prun kering atau jus prun mengandungi 7% serat pemakanan dalam 1 gm dan sangat kaya dengan vitamin. Rasanya manis-manis masam dan sangat sesuai untuk bayi. Ibu bapa harus mengunyah terlebih dahulu ataupun mengisar sebelum dimasukkan ke mulut bayi kerana buah prun sukar untuk hancur tetapi seratnya sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan, mata, dan mampu merawat sembelit serta radang pada perut.

 

Jika bayi tidak dapat menelannya dengan baik, boleh tukarkan cara dengan mencampurkan prun ke dalam susu. Sekiranya usia bayi 3 bulan ke bawah, cara untuk mengelakkan sembelit adalah dengan cara ibu memakan buah atau jus prun supaya bayi mendapat khasiat daripanya.

 

Makanan #2: Minyak Zaitun

 

Minyak zaitun sangat berguna kerana ia boleh mengurangkan kembung perut, membekalkan nutrisi pada kulit, merawat bayi selsema, melebatkan rambut dan pelbagai lagi kebaikannya. Setiap ibu bapa wajib mempunyai minyak zaitun di rumah untuk kegunaan bayi dan keluarga kerana ia juga memberi banyak khasiat buat orang dewasa.

 

Cara memberi minyak zaitun kepada bayi yang dah mula makan adalah dengan menambahkan sesudu minyak zaitun ke dalam hidangan mereka untuk melancarkan proses penghadaman. Selain itu, mengurut perut bayi menggunakan minyak zaitun membantu proses sistem pencernaan kerana minyak zaitun mempunyai kadar penyerapan yang baik sehingga ke bawah lapisan kulit.

 

Makanan #3: Buah Betik

 

Bagi bayi berusia 6 bulan ke atas yang boleh makan makanan pejal, boleh diberi makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat serta pastikan apa yang masuk ke dalam mulut bayi telah dipurikan (tekstur makanan dikisar halus) terlebih dahulu.

 

Dengan memakan betik, masalah kurang selesa, kembung dan sebagainya dapat dielakkan kerana betik menjadikan sistem pencernaan lebih lancar secara semulajadi tanpa ubat-ubatan yang memberi kesan lain pada bayi. Kandungan serat yang tinggi dan kaya dengan laxative semulajadi membantu proses pembuangan najis lebih lawas tanpa rasa sakit.

 

Makanan #4: Yogurt

 

Ibu bapa gusar kerana dikatakan yogurt baik untuk bayi. Iya, benar tetapi harus diingatkan agar usia bayi mesti lebih dari 6 bulan. Jangan jadikan yogurt sebagai pengganti susu ibu tetapi sebagai makanan tambahan untuk membekalkan khasiat lain pada bayi. Yogurt merupakan makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi, kalsium dan juga bakteria-bakteria baik yang sangat elok untuk penjagaan usus. Pilihlah yogurt yang tiada perasa (natural).

 

Feautured image — awal.my

Love, Syaza

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese