Produk & Cara Putihkan Celah Peha Atau Miss V

Viral di laman sosial Twitter, seorang wanita berkongsi cerita tentang rakannya yang dicerai setelah sebulan mendirikan rumah tangga gara-gara si sang suami tidak dapat menerima hakikat si isteri mempunyai masalah kehitaman pada Miss V. Dahsyatnya!

Kes seperti ini kian menular dalam rumah tangga. Terkilan dan sedih hanya kerana Miss V tidak putih seperti “minah saleh”, suami sanggup melafazkan cerai daripada mengambil inisiatif mengatasi masalah si isteri. Kenapa? 

Tanpa bebelan panjang, ohfesyen nak kongsikan tips dari seorang netizen yang kedengaran marah berkongsi tips bagaimana untuk cerahkan bahagian Miss V supaya tidak ada lagi kes seperti ini berlaku!

________________________________________________________________________________

Antara faktor Miss V hitamhormone/umur/sabun tak sesuai/keturunan

♥ First of all, cari panties yang serap peluh and tak ketat because believe it or not down there kita bernafas sis

♥ Panties yang sesuai untuk kita kebanyakannya daripada cotton penting tau so that kita tak banyak berdaki kat bawah sana

♥ Next step adalah penjagaan

♥ Pastikan produk pembasuh wanita anda diiktiraf tau, and pastikan tak banyak chemical sebab punca kulit kusam adalah bahan x sesuai tu

♥ +1tips kalau dah guna apa apa scrub pemutih badan jangan guna pencuci wanita juga nanti boleh menyokong bacterial growth

♥ Kalau korang unfamiliar dengan produk pemutih miss v

♥ Ni antara yang okay dan berkesan

 
Dapatkan Lactacyd di Watsons, Guardian atau supermarket yang berdekatan
♥ Okay kalau still nak buat scrub untuk miss v boleh gunakan hirisan santan and timun potong. Ini gunakan weekly tau guys
♥ Untuk masalah hormone pulak; my doc sarankan minum air kosong and makan buah/sayur yang high in vit A and E
♥ Selain tu elakkan cukur di bahagian berdekatan dengan lubang v, selain menghitamkan ia juga mengasarkan kulit
♥ Antara yang lebih elok, (kalau korang kaya la) bleach/lazer treatment dekat mana mana clinic aesthetic
♥ Sekian la maafla tak detail sangat tapi harap membantu kalau ada yang baby tertinggal tolong la share huhu
Tetapi, kalau sis tak nak beli produk untuk putihkan celah peha, boleh je pakai kaedah organik. Kalau boleh jimat duit, kita jimatlah duit. Tak semestinya pakai produk untuk putihkan celah peha. Kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut:

1) Lemon & Timun
Caranya amat mudah. Setelah potong kulit lemon atau timun, lalukan bahan itu di celah peha selama 20 minit. Kerjanya, pasti tidak bosan tapi jangan lebih-lebih pulak, takut suka sangat feeling tu ;p. Selepas itu, bilas sehingga bersih dan lakukan ini selama 21 hari.

2) Limau nipis & Kapur sirih

Untuk kaedah ini, sis perlu campurkan perahan limau nipis dengan kapur sampai ia menjadi pes. Kemudian sapukan pes itu di permukaan miss v sambil gosok selama 20 minit. Amalkan perkara ini selama 3 kali seminggu untuk mendapat result yang baik!

3) Ubat gigi
Kaedah terakhir adalah dengan menggunakan ubat gigi. Ubat gigi ini sebernarnya kuat efek dia. Tau tau kedai cuci kereta pakai ubat gigi untuk membersihkan lampu depan kereta sampai ia kelihatan baru? Sama juga boleh dibuat dengan miss v. Ambil sedikit ubat gigi & sapu di celah miss v. Biarkan dia kering dan kemudian bilas dengan air. Kalau rasa sakit atau pedih, cuba dua kaedah di atas sahaja! Selamat mencuba!

Sumber:Twitter

Macam Mana Pula Dengan Cara Untuk Putihkan Ketiak?

Pasti ramai dalam kalangan perempuan yang mengalami masalah ketiak hitam bukan? Sampai hilang rasa keyakinan diri lebih-lebih lagi mereka yang berkahwin. Malunya rasa kalau suami tegur “Yang, hitamnya ketiak you”. Apa kata kamu minta duit pada suami untuk cari produk cerahkan ketiak kamu? 

Tahu tak apa sebenarnya punca ketiak hitam? Antaranya…

  1.  Bercukur  – Kerap bercukur yang menyebabkan pigmentasi yang berlebihan.
  2.  Deodorant – Formula deodorant kurang sesuai dengan jenis kulit ketiak yang boleh menyebabkan hiperpigmentasi.
  3.  Sel kulit mati  – Tak pernah skrub ketiak! Tak tahu atau malas?
  4.  Baju ketat  – Geseran antara baju dan kulit 
  5.  Acanthosis nigricans – Sama ada genetik, kegemukan atau endokrinopati.

Jadi macam mana nak atasi masalah ketiak hitam?

 Berhenti bercukur! 

Daripada kamu bercukur, why not guna teknik waxing atau cabut guna pengepit? Kalau ada duit lebih mungkin kamu boleh dapatkan rawatan laser.

 Tukar deodorant kamu dengan formula yang lebih selamat 

Bukan tak perlu pakai deodorant cuma pilih deodorant yang mengandungi formula yang lebih selamat. Yang penting sesuai dengan kulit ketiak kamu.

 Skrub! Skrub! Skrub! 

Rajinkan diri untuk skrub kulit ketiak kamu dua atau tiga kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.

 Elak pakai baju ketat 

Sekurang-kurangnya jangan ketat pada bahagian ketiak ya. 

Cara semulajadi putihkan ketiak hitam pula…

 Kentang Hancurkan kentang dan dapatkan jus daripadanya. Lumur jus pada ketiak sehingga 10 minit. Bilas dengan air sejuk.

 Timun  – Potong timun tebal-tebal dan gosokkan kepingan tersebut pada ketiak kamu. Bilas dengan air sejuk selepas 10 minit.

 Lemon  – Potong dua atau dadu.Gosok pada kawasan ketiak yang hitam secara lembut. Bilas dengan air sejuk selepas 10 minit. Jangan lupa sapu losyen!

 Kunyit  – Campurkan 2 sudu besar jus lemon dan kunyit yang secukupnya untuk dijadikan sebagai paste. Ratakan paste pada ketiak dan tunggu sehingga 30minit. Bilas hingga bersih. 

 Minyak kelapa  – Sapu minyak kelapa pada ketiak dan urut secara perlahan. Bilas dengan sabun dan air suam selepas 15 minit. Lakukan 2 hingga 3 kali seminggu. 

 Tea tree oil   –  Campurkan 5 titik tea tree oil dan 8 ounce air dalam botol spray. Spray campuran tersebut pada ketiak kamu dan biarkan kering. Lakukan selepas mandi (keringkan badan dulu).

Sumber: www.healthline.com

Love, Wawa Adams.

Click to access the login or register cheese