Pencuci Muka Aiken: Harga & Kebaikan Tea Tree Oil

Pencuci-muka-aiken-harga-&-kebaikan-tea-tree-oil-3

Foto – aiken.com.my

 

Realiti hari ini ramai pengguna produk kosmetik telah sedar akan set penjagaan timbang kilo yang berbahaya pada wajah kerana mengandungi bahan kimia terlarang yang memberi kesan negatif kepada kulit dalam jangka masa panjang walaupun cepat berkesan untuk mencerahkan kulit.

 

Kesedaran ini membuatkan ramai bertukar kepada produk yang lebih baik seperti rangkaian Aiken antara pilihan terlaris di Watson. Harga mampu milik dengan kandungan yang bermanfaat menjadi point utama mengapa pengguna memilih Aiken. Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser + Makeup Remover 150ml dijual dengan harga RM13.52 manakala Aiken Tea Tree Oil Whitening Facial Cleanser 100g hanya berharga RM10.07 di Watson.

Foto – aiken.com.my

 

Tea tree oil telah digunakan sejak 100 tahun dahulu sebagai ubat tradisional bagi mengubati batuk, selsema dan sebagainya. Tea tree oil merupakan tumbuhan yang berasal dari New South Wales dan Queensland, Australia juga dikenali sebagai Melaleuca alternifolia. Walaupun dikenali sebagai pokok teh namun jangan terkeliru dengan tanaman daun teh yang digunakan untuk menghasilkan minuman. Ianya tidak sama.

 

Kebaikan #1 Membanteras Pertumbuhan Jerawat

 

Ia boleh menjadi senjata paling ampuh untuk melawan pembiakan jerawat. Beberapa kajian telah dilakukan dan hasil kajian menunjukkan bahawa tea tree oil mampu mengurangkan jangkitan jerawat pada kulit. Dalam kajian lain pula, tea tree oil mampu merawat jerawat tanpa ada sebarang kesan sampingan seperti ubat jerawat yang popular mengandungi benzoyl peroxide.

 

Tea tree oil berfungsi sama sebagaimana benzoyl peroxide tetapi ia tiada kesan sampingan seperti kulit kemerahan, kering, mengelupas dan sebagainya. Untuk alternatif sendiri, kamu boleh mencari gel tea tree oil di mana-mana kedai atau kedai online kemudian ambil satu bahagian tea tree oil dicampur dengan 9 bahagian air, kacau sebaiknya dan sapu pada kulit berjerawat menggunakan kapas sebanyak sekali atau dua kali sehari.

 

Kebaikan #2 Melegakan Keradangan Kulit

Pencuci-muka-aiken-harga-&-kebaikan-tea-tree-oil-2

Foto – www.vogue.in

 

Keradangan kulit akan berlaku apabila terjadinya sentuhan dermatitis iaitu alahan pada kulit yang bersentuhan dengan kandungan atau bahan penyebab alahan (allergen). Kesan kulit yang terkena allergen akan menjadi merah, gatal, bengkak, melepuh dan sebagainya.

 

Jika alahan ini parah, ia akan menyebabkan jangkitan kulat dan bakteria yang lebih serius. Dalam kajian lain pula mendapati bahawa tea tree oil dapat mengurangkan gejala keradangan sebanyak 40% lebih banyak daripada ubat biasa. Cara-cara membancuh tea tree oil untuk keradangan adalah seperti berikut:

  1. Campurkan 10 titis tea tree oil + satu sudu minyak zaitun + satu sudu minyak kelapa.
  2. Gaul rata dan simpan dalam bekas tertutup.
  3. Sapukan pada bahagian terinfeksi dua kali sehari sehingga gejala hilang.

 

Kebaikan #3 Membuka Kelenjar Minyak

 

Kelenjar minyak yang tersumbat adalah penyebab tumbuhnya jerawat. Dengan pemakaian tea tree oil secara betul akan menenangkan pori-pori penyebab naiknya jerawat. Bukan itu sahaja, tea tree oil juga mengandungi antiseptik dan antibakteria yang melegakan luka serta membasmi jangkitan kulit.

 

Penggunaan secara konsisten mampu mencerahkan noda hitam di wajah dan ia juga dapat dijadikan sebagai pembersih mekap yang terbaik. Selain itu, tea tree oil boleh dicampurkan dalam pelembap atau toner untuk mengurangkan masalah kulit muka berminyak.

 

Jadi jangan lupa masukkan tea tree oil dalam senarai rutin penjagaan korang okay?

 

Love, Syaza

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese