Pencuci-Muka-Terbaik-Di-Watsons-Malaysia-Tahun-2020-FEATURED

Pencuci Muka Terbaik Di Watsons Malaysia Tahun 2020

Antara masalah utama dalam pencarian pencuci muka terbaik adalah kamu terlalu keliru dengan ‘review’ dari pengguna yang berbeza di luar sana.

 

 

Jadi, jangan nervous okay! Apa yang kamu harus buat adalah baca terlebih dahulu bahan kandungan di bahagian belakang produk tersebut. Perlu tahu kondisi kulit kamu jenis bagaimana dan kenal pasti bahan yang terkandung di dalam produk tersebut yang tidak sesuai dengan kondisi kulit kamu. Buat kajian terlebih dahulu sebelum ke farmasi supaya tak mengambil masa yang lama untuk berfikir.

Jom kita tengok antara senarai pencuci muka terbaik di Watsons yang menjadi pilihan ramai pada tahun 2020.

 

 

#1  Cetaphil

Dapatkan di Watsons berdekatan atau beli secara online!

Walaupun Cetaphil dilabelkan sebagai produk yang sesuai untuk kulit sensitif namun kamu harus ingat jika kondisi kulit kamu tergolong dalam golongan berkulit kering, bahan kandungan di dalam cetaphil seperti SLS tidak sesuai dengan kamu kerana ia bersifat mengeringkan kulit. Bagi kamu yang tiada masalah dengan bahan kandungan ini boleh jadikan pencuci muka ini sebagai “makeup remover” juga! Harga dalam lingkungan RM 23 – RM80 bergantung kepada saiz.

 

 

#2  Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash

 

Pencuci-Muka-Terbaik-Di-Watsons-Malaysia-Tahun-2020-2

Foto – shopee.com.my

Dapatkan di Watsons berdekatan atau beli secara online!

 

Kamu yang bermasalah kulit jerawat dan berkulit kering amat sesuai untuk mencuba jenama ini kerana 2 bahan utama yang digunakan seperti Neem (dikenali sebagai pokok semambu) dan kunyit yang sangat membantu dalam merawat kulit berjerawat serta kering. Neem mampu membersihkan dan membunuh bakteria manakala kunyit pula mampu mencegah dan merawat jerawat. Jenama ini bebas SLS dan Paraben yang sesuai digunakan untuk kamu yang berkulit kering. Harganya lebih kurang RM30 sahaja.

 

 

#3  Hada Labo Premium Whitening Face Wash

Pencuci-Muka-Terbaik-Di-Watsons-Malaysia-Tahun-2020-3

Foto – www.hermo.my

Dapatkan di Watsons berdekatan atau beli secara online!

 

Jenama Hada Labo ini cukup terkenal yang berasal dari negara Jepun. Paling best, pencuci muka ini mengandungi Arbutin yang tersohor dalam produk kecantikan. Arbutin bertindak sebagai agen pencerahan untuk double whitening effect tau! Sangat disarankan untuk kamu yang bermasalah kulit kusam kerana ia diformulasi dengan asid hyaluronik dan triple anti-pollution yang membekalkan hidrasi pada kulit wajah. Semakin umur meningkat, kandungan asid hyaluronik semakin berkurang menyebabkan kulit muka cepat berkedut. Dengan bantuan asid hyaluronik dari produk, ia mampu meresap ke dalam kulit dan memperbaiki lapisan kulit dari dalam. Boleh sediakan bajet antara RM25 – RM100 untuk produk Hada Labo ini.

 

 

 #4  Eucerin UltraWhite Spotless Clinical Gentle Cleansing Foam (150ml)

Pencuci-Muka-Terbaik-Di-Watsons-Malaysia-Tahun-2020-4

Foto – shopee.com.my

Dapatkan di Watsons berdekatan atau beli secara online!

 

Eucerin sesuai untuk kamu yang ingin menghilangkan bintik-bintik hitam, parut gelap dan jerawat. Bahan yang digunakan bebas alkohol dan tiada sebarang bahan yang menyebabkan keradangan pada kulit. Dio Active yang terkandung amat berkesan untuk memudarkan jeragat dan tidak memedihkan kulit malah mampu menyegarkan serta mengembalikan keserian kulit yang kusam. Sediakan bajet dalam RM50 ya!

 

Apa jua pilihan kamu. Jangan lupa!

Semak dulu kandungan bahan dan kenal pasti kondisi kulit. Apa yang sesuai untuk orang lain tak semestinya sesuai untuk kamu. Jangan terlalu bergantung pada review orang ramai. Make your best choice for your skin, okay!

 

Love, Syaza

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese