Pencuci-muka-terbaik-untuk-cerahkan-dan-memutihkan-kulit-6

Pencuci Muka Terbaik Untuk Cerahkan & Memutihkan Kulit

 

 

Pencuci muka merupakan satu produk WAJIB dimiliki oleh semua orang walaupun bukan penggemar makeup. Pencuci muka sangat penting dijadikan rutin harian, tanpa mencalit produk kosmetik pada wajah, debu dan kotoran lain mampu menempel pada kulit kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan kulit sering terdedah kepada kotoran walaupun berada di rumah.

Jadi apabila tiba masa kulit perlu diberi perhatian sewajarnya, maka pilihlah pencuci muka yang bersesuaian dan kenal pasti terlebih dahulu jenis kulit kamu serta ketahui apakah manfaat yang kamu ingini dari pencuci muka yang kamu mahu beli itu. Beberapa pencuci muka yang boleh membantu kamu membuat pilihan yang tepat untuk cerahkan kulit, bagus dan selamat.

 

Antara Pencuci Muka Terbaik Untuk Mencerahkan Kulit 

 

Cleanser #1: Herv Brightening Oil Cleanser

Foto – herv.my

 

Oil cleanser merupakan produk wajah penting dalam rutin penjagaan kulit orang Korea. Teknik pencucian menggunakan oil cleanser dipanggil sebagai Double Cleansing. Kenapa perlu guna oil cleanser?

 

Sebab minyak yang dihasilkan mampu menarik minyak lebihan di wajah dan sangat berkesan untuk membersihkan sisa-sisa mekap hingga ke liang pori walaupun kamu sudah menggunakan make-up remover. Kotoran yang disingkirkan dengan betul menggunakan oil cleanser dapat mencerahkan dan melembapkan wajah. Bau natural buah oren mampu memberi feeling fresh. Pastikan dibilas dengan air suam selepas memakainya. Namun diingatkan bagi kamu yang mempunyai masalah fungal acne dilarang menggunakan produk ini.

 

Cleanser #2: Herv Soothe Hydra + Cleanser

 

Terdapat 3 jenis Soothe Hydra + Cleanser by Herv iaitu oren, mixberi dan strawberi. Cleanser yang paling disarankan ialah mixberi dan strawberi kerana tekstur gel yang melembapkan, melembutkan, kulit akan lebih halus bersinar dan mampu mencerahkan kulit selepas setiap kali penggunaan. Aroma natural sangat menyegarkan dan memberi kesan rileks pada diri. Lebih elok dipakai selepas menggunakan brightening oil cleanser. Biarkan hydra cleanser tersebut pada wajah selama 2-3 minit agar ia menyerap dengan sebaiknya.

 

Cleanser #3: Haro Beauty Soap

Foto – shopee.com.my

 

Mencuci muka saja tidak menjanjikan kulit yang putih melepak tetapi mampu menaikkan seri wajah. Haro mempunyai pelbagai variasi sabun muka yang membantu pelanggannya memilih bersesuaian dengan masalah kulit yang dialami. Untuk mencerahkan kulit, kamu boleh target pada olive gel cleanser dan olive soap sahaja. Kandungan rosebuds dan pure rose dapat menyegarkan, memudarkan parut wajah, melembapkan kulit yang kering dan pastinya mencerahkan kulit kusam.

 

Cleanser #4: Nadear Oxygen Vit C Cleansing Gel

 

Gabungan aloe vera gel dengan vitamin C merupakan campuran yang terbaik. Membersihkan wajah secara konsisten dengan kombinasi bahan-bahan ini, segala masalah jerawat, kulit gelap kesan terbakar dek kerana pancaran matahari, berminyak dan kusam boleh dikurangkan. Antara bahan semulajadi lain yang terdapat dalam cleanser ini ialah minyak kelapa dara, dan peppermint. Tekstur yang lembut dan halus pada kulit tidak akan membuatkan pori kamu terbuka luas.

Seeloknya dalam pencarian pencuci muka terbaik, kamu harus menitikberatkan kandungan SLS, Paraben dan Fragrance lagi-lagi jika kulit kamu tergolong dalam masalah kulit kering. Produk yang mengandungi SLS adalah produk yang menghasilkan buih yang banyak.

Selamat mencuba!

Psstt… takkan nak cerahkan muka je? Macam mana nak cerahkan bahagian badan lain? Contohnya, lutut.

 

Cara Untuk Cerahkan Lutut

Pencuci-muka-terbaik-untuk-cerahkan-dan-memutihkan-kulit-6

Foto – brightside.me

 

Minyak Kelapa – Letak minyak kelapa dekat lutut atau bahagian yang gelap. Urut perlahan 1-2 minit.Lakukan sekerap yang mungkin.

Lemon  – Sapukan perahan lemon di bahagian siku dan lutut yang gelap. Urut perlahan selama beberapa minit. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam dan jangan lupa sapu lotion pelembap.

Aloe VeraAmbil sebatang lidah buaya. Belah kulit lidah buaya tersebut untuk mengeluarkan gel. Sapukan gel aloe vera tadi dekat bahagian siku dan lutut Biarkan selama 20 minit. Bilas. Lakukan 1 atau 2 kali sehari.

Yogurt Asli – Campurkan 1 sudu kecil plain yogurt dengan cuka putih untuk mendapatkan pes yang ringan. Sapukan campuran tersebut pada bahagian siku dan lutut yang gelap. Biarkan kering. Bilas dengan air suam, pat dry dan sapukan pelembap.

Kunyit – Campurkan sedikit serbuk kunyit dan 1 sudu kecil krim susu. Sapukan pada siku dan lutut dan urut beberapa minit. Biarkan kering. Bilas dengan air suam.

Gula – Campurkan gula dan olive oil dengan jumlah yang sama. Sapukan campuran ini pada siku dan lutut dan gosok secara gerakan membulat selama 5 minit. Bilas dengan sabun lembut dan air suam.

 

Featured image — www.americanspa.com

Love, Ohfesyen Team

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese