Pencuci-Muka-Yang-Berkesan-Untuk-Jerawat-&-Berminyak-5

Pencuci Muka Yang Berkesan Untuk Jerawat & Berminyak

Jom lihat 5 pencuci muka best berkesan untuk rawat jerawat!

1.  Cetaphil Gentle Skin Cleanser

 

Bila sebut saja Cetaphil, pasti ramai yang tahu akan kewujudan pencuci muka ini yang memang famous dalam kalangan wanita dan remaja yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Pencuci muka ini diformulasi secara khas untuk semua jenis kulit termasuklah kulit berjerawat, eczema dan lain-lain. Uniknya pencuci muka ini adalah formulanya yang bebas buih, mampu membersih liang pori dan sisa-sisa sebum serta radikal bebas di kulit wajah kamu!

Highly recommended!

 

2.  Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash

Pencuci-Muka-Yang-Berkesan-Untuk-Jerawat-&-Berminyak-2

Foto – shopee.com.my

 

Hada Labo, jenama pencuci muka terkenal dari negara Jepun. Apabila kulit wajah kamu mula berminyak, ada sebum lebihan, dan kulit mati maka lebih senang kulit muka kamu bertukar menjadi lebih kusam dan tona kulit tidak sekata.

Bahan utama yang terkandung dalam pencuci muka ini adalah Asid Hyaluronik. Asid Hyaluronik ini ternyata membantu dalam membaikpulih masalah kelembapan penghadang kulit. Dua jenis Asid Hyaluronik telah digabungkan dalam produk ini untuk kesan yang lebih padu dalam menjamin kulit muka yang lembut, sekata, licin dan cerah setiap kali cucian.

 

3.  Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser

Pencuci-Muka-Yang-Berkesan-Untuk-Jerawat-&-Berminyak-3

Foto – www.ebay.com

 

Minyak berlebihan pada muka akan menyebabkan terhasilnya kulit berjerawat. Pembersih muka Neutrogena yang diperbuat daripada gliserin ternyata boleh menghilangkan sebum, minyak, kotoran serta sel-sel kulit mati secara klinikal.

Produk ini telah diformulasi dengan bahan anti-bakteria dan Natural Botanical Complex yang melawan bakteria untuk elakkan jerawat dari berlaku. Bahan aktif dalam pencuci muka ini juga mampu memberi hidrasi lebih kepada kulit wajah kamu.

 

4.  Neogen Real Fresh Foam Green Tea

Pencuci-Muka-Yang-Berkesan-Untuk-Jerawat-&-Berminyak-3

Foto – sokoglam.com

 

Neogen Real Fresh Foam Green Tea ini memang trending di Korea! Teh hijau memang banyak khasiatnya termasuklah dalam penggunaan pencuci muka. Produk Neogen ini diperbuat 100% daripada Camellia Sinensis dan daun teh hijau asli. Produk ini juga mampu mengecutkan jerawat dengan cepat dan mengurangkan sebum serta minyak berlebihan. Ia juga dapat membersihkan liang pori kamu yang tersumbat

 

5.  COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser (150ml)

 

Pasti antara kamu yang mengalami masalah jerawat pasir kan? Haa, inilah produk yang terbaik dan diyakini berkesan untuk kamu!

Faktor perubahan hormon, tekanan atau kebersihan muka yang tidak dijaga akan membuatkan kelenjar di bawah permukaan kulit tersumbat. Akhirnya, jerawat pasir mula muncul di wajah.

Bahan utama dalam produk COSRX ini adalah asid Salicylic yang bertindak secara lembut untuk menghilangkan kotoran di muka. Kulit wajah kamu pasti tampak lebih licin dan lembut setiap kali cucian.

Selamat mencuba dan rasailah perubahan kulit yang lebih sihat di wajah kamu!

 

Love, Syaza

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese