Pilihan-Jenama-Foundation-Terbaik-&-Murah-Di-Watson-7

Pilihan Jenama Foundation Terbaik & Murah Di Watsons

Better than high-end brands?

 

 

 

Tak semestinya yang mahal itu elok. Ada juga foundation dari farmasi macam dekat Watsons yang lebih elok. Harga pula dua kali ganda murah! Ini antara pilihan jenama foundation terbaik & murah yang banyak dapat review baik dari pengguna. Jangan lupa masuk wishlist tau!

 

L’OREAL INFALLIABLE 24HR FRESH WEAR

 

Pilihan nombor satu Makeup Artist di Malaysia! Hadir dalam 10 tona untuk setiap jenis kulit. Foundation ini mempunyai tahap litupan yang tinggi dan tahan lama sehingga 24 jam. Formula L’Oreal Infalliable 24HR Fresh Wear ini tidak akan membuatkan solekan kamu cakey yang melampau, malah ia akan jadi lebih glowing tatkala kamu sedang berpeluh. Tekstur yang sangat mudah untuk di blend in yang akan membuatkan solekan kamu kelihatan segar dan tahan sepanjang hari. Mempunyai SPF, dan sesuai untuk semua jenis kulit walaupun kulit kamu jenis acne prone! 

 

 

L’OREAL INFALLIABLE MATTE COVER FOUNDATION

Sangat sesuai untuk mereka kulit jenis berminyak dan kombinasi. Formula yang dihasilkan ini sangat ringan, tahan peluh, kalis pemindahan, kalis panas, dan kalis air. Tekstur yang matte pula mampu mengawal minyak di wajah malah mampu bertahan sehingga 12 jam. Lebih menarik, kamu tak perlu untuk touch-up semula mekap kamu walaupun sibuk sepanjang hari. Untuk wanita yang workaholic dan sentiasa on-the-go, THIS IS FOR YOU.

 

Tahap litupan pula sederhana sehingga maksimum, bergantung kepada kondisi kulit wajah kamu. Kalau kulit wajah tak terlalu teruk dengan cacat cela seperti jerawat dan parut, maka ia mampu memberikan tahap litupan yang maksimum. Kamu tak perlu risau dengan tekstur L’OREAL Infalliable Matte Cover Foundation ini kerana ia tak akan membuatkan mekap kamu kelihatan ‘cakey’ seperti sesetengah foundation yang lain.

 

MAYBELLINE FIT ME® MATTE + PORELESS FOUNDATION SPF 115

Pilihan-Jenama-Foundation-Terbaik-&-Murah-Di-Watson-3

Foundation Maybelline Matte+Poreless ini memberikan tahap litupan yang sederhana dengan hasil yang natural dan tak terlalu matte. Formula yang dihasilkan pula mampu mengawal minyak yang berlebihan. Kurang sesuai untuk mereka yang berkulit kering tetapi sangat disarankan untuk kulit jenis normal dan berminyak dan kombinasi.

 

Untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi, kamu perlu prep kulit dengan betul sebelum memakai foundation ini. Apa jadi kalau tak prep? kemungkinan solekan kamu akan mula ‘cakey’ setelah beberapa jam pemakaian. Mengandungi serbuk mikro genius yang mengaburkan liang pori dan menyerap minyak untuk kemasan semula jadi matte dan tanpa pori. Hadir dalam 24 tona warna yang mengandungi SPF untuk dipilih!

 

 

Bourjois Healthy Mix Anti-Fatigue Foundation

Pilihan-Jenama-Foundation-Terbaik-&-Murah-Di-Watson-4

Sesuai untuk kulit normal dan kering. Bourjois Healthy Mix Anti-Fatigue Foundation ini menghilangkan keletihan yang terlihat di wajah, memberikan cahaya semula jadi yang akan membuatkan kulit kamu kelihatan sihat. Dengan gabungan formula yang mengandungi vitamin C, E dan B5, ia dengan pantas dapat menutupi segala ketidaksempurnaan dan tanda-tanda keletihan serta meningkatkan cahaya kulit untuk wajah yang segar. Kulit kamu juga masih mampu bernafas kerana formula bukan-komedogenik ini tak akan menyekat liang pori kamu. Mempunyai tahap litupan yang sederhana yang memberikan kemasan semi-matte semula jadi sebaik saja digunakan.

 

 

LASTING FINISH 25 HOUR FOUNDATION INFUSED WITH HYALURONIC ACID

Walaupun teksturnya agak tebal, ia bersatu dengan baik pada kulit untuk memberi litupan yang bagus. Cukup dengan 2 kali pam, ia mampu menutupi ketidaksempurnaan di wajah. Foundation cecair ini juga membantu meminimumkan kilauan yang tidak diingini untuk kulit yang halus dan sempurna setiap masa. Hasilnya kulit kamu akan kelihatan segar dan lembap dengan kemasan yang tahan lama dan bebas ‘cakey face’. Aplikator yang luar biasa ini juga akan menyenangkan hidup kamu juga! Sesuai untuk kulit jenis normal dan kombinasi, disarankan kamu set solekan dengan bedak ‘loose’ pada kawasan t-zone yang sedikit berminyak itu untuk kemasan yang cantik.

 

 

REVLON COLORSTAY MAKEUP SPF 15 

Pilihan-Jenama-Foundation-Terbaik-&-Murah-Di-Watson-6

Percaya atau tidak, ramai pengguna yang bersetuju bahawa foundation Revlon ini jauh lebih baik berbanding jenama mahal? Formula yang dihasilkan untuk kulit jenis kombinasi dan berminyak. Teksturnya juga tak akan membuat wajah kamu seperti kek. Senang untuk di blend-in pada wajah dengan sempurna dan the best part is, ia tidak akan buat wajah kamu yang mempunyai kulit jenis acne prone bertambah lebih teruk. Walaupun memakai foundation, kamu tak akan rasa seperti sedang memakainya!

Love, Wawa Adams!

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese