Punca-Bibir-Kering-&-Cara-Nak-Hilangkan-&-Melembabkan-0

Punca Bibir Kering & Cara Nak Hilangkan & Melembabkan

Pedihnya!

Punca Bibir Kering & Cara Nak Merawat Serta Melembapkan Bibir Kering

Punca-Bibir-Kering-&-Cara-Nak-Hilangkan-&-Melembabkan-1

Foto – kitakini.news

 

Bibir kering merupakan masalah yang sering terjadi pada semua orang. Ramai antara kita masih belum tahu tentang kepentingan menjaga bibir kita. Mungkin ianya nampak remeh tapi sebenarnya boleh menyebabkan risiko mendapat infeksi pada bibir. Bukan kulit muka saja kita perlu ambil berat, bibir juga perlu penjagaan yang rapi. 

 

 

PUNCA-PUNCA BIBIR KERING & MENGGELUPAS

 

Cuaca – Ini sering kali menjadi antara punca utama bibir kering. Pada musim panas, dengan angin kering dan kekurangan kelembapan di udara, kulit kita memang boleh jadi kering terutama sekali bibir kita. Tapi tak semestinya pada cuaca panas sahaja, suhu yang terlalu sejuk juga boleh menyebabkan bibir kering.

 

Air Liur – Perkara common yang biasa kita buat bila bibir kering adalah jilat bibir kan? Tahukah kamu sebenarnya air liur kita ni mudah evaporate (mudah jadi wap/bebas ke udara) dan pada masa yang sama ia akan bawa sekali kelembapan sedia ada pada bibir kita sebab itu bibir kita akan jadi lebih kering bila kita jilat bibir

 

Dehidrasi – Dehidrasi biasa terjadi bila badan kita kurang air. Jadi ia akan menarik air dari bahagian lain dalam badan (seperti usus atau kulit) untuk menghidratkan sel-sel. Ini akhirnya akan menyebabkan kekeringan di seluruh badan terutama sekali kulit dan bibir.

 

CARA MENGHILANGKAN BIBIR KERING & CARA MELEMBAPKAN BIBIR

 

Air kosong

Banyakkan minum air kosong setiap sehari. Badan kita perlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari bersamaan dengan lapan (8) gelas air kosong. Kelembapan dari dalam badan amat penting untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi.

 

Lip Balm

Amalkan memakai pelembap bibir atau lip balm lebih-lebih lagi jika kita tinggal di negara yang sering mengalami cuaca panas setiap hari. Kita mungkin tak mampu nak mengatasi masalah cuaca di negara kita, tapi kita boleh memberi perlindungan pada bibir kita dengan memakai pelembap bibir setiap hari. Yang penting jangan jilat bibir bila bibir kering. Tapi pakailah pelembap bibir.

 

Skrub Bibir

Beberapa kali dalam seminggu, kamu boleh juga amalkan skrub bibir. Ini adalah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang ada pada bibir kamu. Apa kata cuba cara DIY dengan mencampurkan sedikit madu bersama sedikit gula. Hasilnya bibir kamu akan menjadi lebih lembut!

 

Senang sahaja merawat bibir kering ini. Yang penting kita mestilah konsisten melembapkan bibir dengan cara yang betul. Baru boleh dapat bibir yang sihat dan cantik. Selamat mencuba! 

 

Featured image – pinterest.com

 

Love,Sarah

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese