Punca-&-Cara-Merawat-&-Mengatasi-Bibir-Kering-&-Hitam-7

Punca & Cara Merawat & Mengatasi Bibir Kering & Hitam

Punca-&-Cara-Merawat-&-Mengatasi-Bibir-Kering-&-Hitam-1

Foto – bukanaku.com

 

Bibir kering dan hitam boleh jadi antara masalah kecil yang boleh merosakkan penampilan seseorang. Bibir kering tu dah satu hal, tambah pula bibir hitam dan gelap. Bibir hitam atau bibir yang gelap sering kali dikaitkan dengan akibat daripada tabiat suka merokok sebab nikotin yang ada pada rokok boleh menghilangkan warna semula jadi bibir. Namun, tak semua bibir hitam tu berpunca daripada rokok kerana ramai juga yang tidak merokok tetapi mengalami masalah bibir hitam dan gelap.

 

 

PUNCA DAN CARA MENGATASI BIBIR KERING DAN HITAM

1/5  Kerap pengambilan kafein

 

Pengambilan makanan atau minuman yang berasaskan kafein yang terlalu kerap bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan malah boleh memberi kesan negatif pada gigi dan bibir. Ambil kafein mengikut kuantiti yang diperlukan saja untuk mengatasi bibir hitam. Coffee addict terutamanya!

 

2/5  Bekas lipstick tidak dibersihkan dengan betul

 

Sisa-sisa lipstik yang tak dibersihkan dengan betul pada bibir boleh menyebabkan bibir mengalami perubahan warna. Bahan kimia daripada lipstik yang dibiarkan terlalu lama pada bibir akan menjadikan bibir lebih gelap lebih-lebih lagi yang mempunyai kulit sensitif. Sebelum tidur, pastikan semua makeup sudah dibersihkan dengan betul termasuk lipstick.

 

3/5  Dehidrasi

Punca-&-Cara-Merawat-&-Mengatasi-Bibir-Kering-&-Hitam-4

Foto – medium.com

 

Kurang minum air dalam sehari boleh menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan bibir boleh menjadi kering. Apabila bibir tidak lembap, ia akan mula menjadi kasar dan merekah. Jadi, warnanya pun akan menjadi lebih gelap dan kusam. Pastikan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong sehari untuk memastikan badan menerima kandungan air yang secukupnya. Ini boleh mengelakkan bibir menjadi kering dan mengatasi masalah bibir hitam.

 

4/5  Kerap terdedah pada matahari

Bibir juga mempunyai pigmen melanin seperti kulit di mana apabila bibir kamu sering terdedah pada cahaya matahari, ia boleh mula berubah warna menjadi lebih gelap. Sebab itu sekarang sudah terdapat banyak lip balm atau pelembap bibir di pasaran yang mempunyai fungsi pelindung matahari. Pastikan setiap kali sebelum keluar rumah, kamu sapukan lip balm yang mempunyai SPF pada bibir sebagai perlindungan seharian.

 

5/5  Sel-sel kulit mati

 

Ada juga yang jarang membersihkan bibirnya dengan betul akan mengalami bibir yang gelap dan hitam. Oleh itu, kita disarankan untuk sekurang-kurangnya menggunakan skrub bibir dua hingga tiga kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang terdapat pada bibir. Sel-sel inilah yang kebiasaannya menjadi satu lapisan lain yang menampakkan bibir kamu kelihatan lebih gelap.

 

 

ATASI BIBIR HITAM UNTUK BIBIR YANG LEBIH MENAWAN MACAM DALAM GAMBAR NI!

 

Siapa je yang tak nak bibir cantik dan menawan kan? Semua orang nak bibir yang sihat dan cantik. Jadi jangan lupa amalkan tips di atas untuk merawat dan mengatasi bibir hitam kamu. Goodluck!

 

Love, Sarah.

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese