
Sheet Mask Terbaik Untuk Kulit Berjerawat & Berminyak
Esoknya jerawat confirm kecut!

Foto – rencongpost.com
Banyak faktor yang menyebabkan pembiakan jerawat. Antaranya, pembersihan wajah yang kurang bersih, perubahan hormon dan sebagainya. Penggunaan produk yang salah juga boleh menjadi punca. Solusi bagi mengurangkan jerawat adalah dengan mempraktikkan cara pencucian wajah yang betul dan menjaga kulit wajah ketika kulit wajah sedang berehat pada waktu malam.
Cara yang benar untuk mengetahui kulit kamu ada masalah minyak berlebihan atau tidak adalah ketika kamu bangun dari tidur pada waktu pagi. Jika kamu bangun pagi, kulit kamu lembap atau berminyak sedikit itu tiada masalah tetapi jika kamu sentuh hidung dan bahagian pipi terasa seakan licin sangat, itu bermakna kamu memang menghadapi masalah kulit muka berminyak!
Jadi, Tersangatlah penting untuk memakai sheet mask sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Jom lihat sheet mask apa yang terbaik untuk kulit berjerawat & berminyak! Jerawat baru nak tumbuh pun akan mula mengecut esok harinya.
Sheet Mask Terbaik Untuk Kulit Berjerawat & Berminyak
#1 – Freeman Facial Clay Mask (Mint & Lemon)

Foto – www.myqt.com.au
Sheet Mask Freeman antara yang paling digemari di Malaysia dan Indonesia. Boleh didapati di Guardian atau Watsons. Kepelbagaian mask yang ada dalam rangkaian Freeman termasuklah cream mask, clay mask, water gel mask, mud mask, peel off gel mask, bubble dan banyak lagi. Semua kategori dikhususkan untuk setiap masalah kulit pengguna yang berbeza-beza. Facial clay mask (mint & lemon) dicipta khusus untuk kamu yang mempunyai masalah kulit berjerawat dan berminyak. Kandungan mint dan lemon berfungsi sebagai penarik minyak dan mampu mengurangkan kesan noda jerawat di wajah kamu.
#2 – Tea Tree Skin Clearing Night Mask

Foto – twitter.com/thebodyshopindo
Sleeping mask terbaik kerana mengandungi tea tree. Tea tree terkenal untuk masalah jerawat. Sebelum menggunakan sleeping mask ini, kamu perlu mencuci segala kekotoran di wajah kamu terlebih dahulu. Sisa kotoran yang tertinggal pada wajah akan membuatkan wajah bertambah kusam. Kajian mengatakan pada jam 10 malam hingga 2 pagi, kulit kita akan membaiki dan menggantikan kulit mati dengan aktif, jadi disarankan supaya tetapkan waktu tidur kamu antara tempoh tersebut dan jangan lupa menggunakan sleeping mask untuk merawat kulit berjerawat. Cara menggunakannya adalah dengan mengaplikasikan sleeping mask ini ke seluruh bahagian wajah serta membiarkan ia diserap oleh kulit sehingga waktu kamu bangun dari tidur.
#3 – Sheet Mask Innisfree

Foto – us.innisfree.com
Rahsia kecantikan selebriti Korea dengan ‘glass skin’ nya adalah mereka mengamalkan sheet mask pada setiap malam. Innisfree antara produk dari Korea yang mudah didapati di pasaran Malaysia. Ramuan utama menggunakan ekstrak beras yang dapat menyeimbangkan kelembapan wajah. Mask ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Kamu perlu tahu air basuhan beras sangat berkhasiat pada kulit. Dengan adanya teknologi dalam kosmetik, ekstrak beras dijadikan sheet mask untuk memudahkan pengguna yang sentiasa sibuk dan penat dengan tugasan harian.
#4 – Garnier Skin Naturals Light Peel Off Mask

Foto – www.pretty-moody.com
Mask ini mampu mengatasi kulit kusam dan membuang sel kulit mati. Bukan hanya mengatasi kulit berminyak saja, ia juga mampu mencerahkan kulit serta melindungi kulit yang seharian terdedah kepada udara kotor. Penggunaan yang berterusan mampu menjadikan kulit kamu cerah dan sekata seperti yang diimpikan.
#5 – Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Foto – k-beauty-europe.com
Tahukah kamu clay mask adalah mask terbaik untuk kecutkan jerawat yang baru tumbuh? Buat double cleansing dan pakai clay mask ini. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilas bersih. Jerawat bernanah akan hilang!
TAPI…Make sure rutin penjagaan yang asas kamu kukuh ya! Here’s the basic skincare:
Setiap produk pula perlulah mengikut kesesuaian kulit korang. Apa yang berkesan untuk orang lain tak semestinya berkesan untuk kamu. Macam mana nak tahu sesuai dengan kulit? Do experiment with your face! Yang penting kena sabar. Bukan hari ini pakai, minggu depan muka terus jadi neelofa. Ingat, good things take time honey.
Love, Ohfesyen Team