Step-By-Step-Cara-&-Tips-Penjagaan-Muka-Rutin-Skincare-1

Step By Step Cara & Tips Penjagaan Muka Rutin Skincare

Mana satu yang perlu pakai dulu?  

Pernah atau tidak kamu terfikir mengapa kulit wajah tiada perubahan walaupun pakai produk kecantikan yang lengkap dan kerap bertukar produk?  Ini jawapannya! 

Tahukah kamu menggunakan produk kecantikan sebenarnya perlu mengikut turutan yang betul? Ini adalah untuk memastikan kulit kamu mendapat manfaat sepenuhnya dari setiap produk.

Contoh, antara krim & serum, yang mana perlu kamu gunakan dahulu? Jika kamu memilih krim, maka kulit kamu tidak akan mendapat manfaat daripada serum sepenuhnya kerana emolien krim telah menjadi penghalang.

Antara moiturizer & sunscreen pula, penggunaan moistuzer selepas sunscreen, kulit tidak akan terima manfaat sunscreen sepenuhnya.

Guna pada MASA yang betul

Masa yang sesuai juga sangatlah penting. Contoh paling mudah, benzoyl peroksida, bahan yang sering dijumpai dalam rejimen rawatan jerawat akan mengambil masa 1 hingga 3 jam untuk ianya berkerja. Apa-apa krim yang bersentuhan dengannya sebelum ia selesai berkerja mungkin akan menghalang bahan aktif dari berfungsi dengan betul. 

Produk Yang Manakah Perlu Digunakan Terlebih Dahulu?

Peraturan mudah untuk diikuti adalah dengan menggunakan produk yang mempunyai kepekatan yang rendah ke kepekatan yang tinggi atau dari cecair kepada minyak. Pakai produk yang ringan pada siang hari manakala bagi produk yang aktif seperti ubat jerawat, pakai pada malam hari. 

Langkah 1 : Pencuci ( Double Cleansing )

Step-By-Step-Cara-&-Tips-Penjagaan-Muka-Rutin-Skincare-0

Apa itu double cleansing? Double cleansing dalam bahasa mudah sebenarnya bermaksud 2 kali cucian yang melibatkan oil cleanser & facial cleanser.

Cucian pertama — Guna oil cleanser untuk menanggalkan solekan atau kotoran dan minyak yang terkumpul

Cucian kedua — Menyingkirkan lebihan sebum, kotoran dan solekan pada cucian pertama tadi. Guna pencuci muka biasa (facial cleanser)

Untuk pembersihan menyeluruh, gunakan skrub wajah sekurang-kurangnya 1 atau 2 kali seminggu.

Kenapa oil cleanser? Jawapannya sangat mudah, minyak menarik minyak dan oleh itu ianya lebih berkesan untuk menanggalkannya. Minyak juga adalah cara yang lembut untuk membersihkan kulit kamu tanpa perlu menggosok atau menghilangkan minyak semula jadinya.

Langkah 2 : Toner

Step-By-Step-Cara-&-Tips-Penjagaan-Muka-Rutin-Skincare-1

Toner mempunyai pelbagai kegunaan, seperti bertindak sebagai sistem penghantaran untuk antioksidan, derivatif vitamin B malah sebagai asid toning. Tambahan lagi, setiap jenis toner ditujukan untuk masalah kulit yang berbeza, jadi amatlah penting untuk menggunakan mengikut jenis kulit kamu.

Langkah 3 : Serum

Step-By-Step-Cara-&-Tips-Penjagaan-Muka-Rutin-Skincare-2

Serum adalah sangat pekat, jadi adalah lebih baik untuk menggunakannya pada lapisan yang seboleh-bolehnya dekat dengan kulit. Sesetengah orang menggunakan pelbagai jenis serum yang khusus untuk pelbagai jenis masalah kulit. Jika semua dalam satu serum tidak berhasil, gunakan serum dengan kepekatan yang rendah terlebih dahulu.

Ekstra info — Vitamin C adalah bahan paling popular kerana fungsinya yang merangsang penghasilan kolagen baru, mengurangkan garis halus dan kedutan, melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar, bantu mengurangkan perubahan warna pada kulit yang ketara dan memberi perlindungan terhadap sinaran UV.

Langkah 4 : Rawatan Bintik

Bagi memaksimumkan kesan yang lebih baik, biarkan sekurang-kurangnya 5 minit SEBELUM melapisi dengan produk seterusnya untuk  memastikan ia tidak mengetepikan manfaat ubat tersebut. Pilih rawatan bintik berbentuk patch.

Langkah 5 : Krim Mata

Step-By-Step-Cara-&-Tips-Penjagaan-Muka-Rutin-Skincare-3

Bagi kamu yang berumur 20-an, lebih baik kamu mula menggunakan krim mata sekurang-kurangnya setiap malam dari sekarang, jika tidak 2 kali sehari. Kesannya akan mula kelihatan ketika usiamu meningkat. Penggunaan krim mata yang kerap akan mengekalkan keanjalan kulit kelopak mata dan meningkatkan atau mengahalang daripada pembentukan garis halus atau kehilangan kolagen. 

Pilih krim mata dengan SPF atau sunscreen. Lebih baik memakai cermin mata hitam ketika berada diluar bagi melindugi kulit dari kerosakan disebabkan cahaya UV dan menghalang penbentukan garus disekeliling mata.

Langkah 6 : Pelembap

Step-By-Step-Cara-&-Tips-Penjagaan-Muka-Rutin-Skincare-4

Apabila memilih pelembap, lihat pada bahan-bahan yang digunakan seperti gliserin (gliserol), asid hyaluronic, ceramides, minyak kelapa dan minyak tumbuhan lain dan shea butter. Waktu terbaik untuk memakai pelembap adalah ketika kulit masih lembap. Selepas menggunakan pembersih, tepuk muka anda yang masih lembap secara ringan, gunakan rawatan dan serum anda dan selepas itu gunakan pelembap untuk menghalang kulit dari terhidrasi.

Langkah 7 : Pelindung Matahari

Step-By-Step-Cara-&-Tips-Penjagaan-Muka-Rutin-Skincare-5

Pelindung matahari atau sunscreen adalah langkah terakhir yang wajib dipakai pada waktu siang. Pakai selepas pelembap untuk manfaat lebih baik kerana jika kamu memakai sebelum pelembap, maka kamu tidak akan mendapat manfaat pelembap tersebut kerana kulit telah disaluti oleh sunscreen. Kenapa perlu memakai sunscreen?

1. Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit

2. Mengelak dari kulit terbakar / gelap

3. Melambatkan penuaan / kulit berkedut seawal usia

4. Mencegah jeragat

Beberapa Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan:

Fokus pada kulit kamu dan cari penyelesaiannya. Apa yang baik untuk rakan kamu tidak semestinya baik untuk kamu. Nasihat terbaik pakar adalah untuk mencari apa yang berfungsi dan terbaik untuk kamu.

Gambar dibawah adalah cara terpantas yang kamu boleh simpan dalam galeri telefon kamu sebagai rujukan!

Step-By-Step-Cara-&-Tips-Penjagaan-Muka-Rutin-Skincare

Sumber — Dermstore.com

Apakah Perbezaan Antara Toner, Moisturizer Dan Serum

cara-pakai-serum-2
Senang je nak bezakan tiga benda ni,

Toner

Apa itu toner, dan Perlukah saya pakai toner?

Kegunaan toner adalah untuk membershikan kulit (terutamanye di muka) dan mengecilkan pori-pori muka untuk mengelakkan “breakout”. So, langkah ini adalah yang penting untuk routin jaga muka selepas membasuh muka. Pada pendapat kami, toner penting untuk dimasukkan dalam routin penjgaan muka sebab ia boleh membawak kesan positive yang lebih baik daripada tak pakai.

Moisturizer

Perlu ke saya pakai moisturizer, kalau yang lain pun dah pakai?

Moisturizer boleh membentuk barrier untuk mengurangkan proses kehilangan air atau kekeringan dari kulit muka dan diseluruh badan. 
So, kebiasaannye kulit kita akan berubah selepas cecah umur 30 tahun, dan akan mula perasan perubahan pada kulit, ia jadi lagi sensitive dan cepat kering. Moisturizer boleh membantu sikit untuk mengelakan kulit kita daripada jadi kering dan jerawat. 

Serum

Kepentingan Serum

Penggunaan serum bertujuan untuk mempertingkatkan proses penghasilan semula sel kulit yang dapat mengembalikan keremajaan kulit wajah. Hal ini dapat membantu mengurangkan bintik hitam dan menghilangkan garis halus. Namun begitu, masih ramai lagi yang kurang arif akan cara untuk pakai serum bagi mendapatkan hasil yang lebih efektif.

Untuk pengetahuan semua, penggunaan serum adalah amat penting dalam penjagaan kulit dan seharusnya tidak dipandang remeh. Hal ini kerana, pentingnya serum kepada kulit diibaratkan seperti pentingnya vitamin kepada badan yang diperlukan setiap hari untuk kekal sihat dan jelita. Jom ikuti cara untuk pakai serum seperti di bawah:

Cara Pakai Serum

1. Bersihkan muka dahulu bagi membuang semua jenis kekotoran pada kulit yang dapat menghalang serum daripada meresap dengan sempurna ke dalam kulit.

2. Keringkan muka dengan cara menekapkan tuala bersih pada kulit sehingga kulit lembap sedikit dan tidak terlalu kering agar serum dapat bertindak dengan lebih efektif.

3. Gunakan serum secukupnya dengan teknik urutan yang lembut secara membulat dan menaik bagi menselak bulu-bulu roma yang menutup liang-liang pori.

4. Gosokkan kedua-dua tapak tangan bersama dan tepukkan ke muka untuk mengalirkan haba ke permukaan kulit supaya serum dapat menyerap dengan lebih baik.

Bukan sahaja penting untuk dapatkan serum yang berkualiti dan terbaik untuk kulit. Tetapi cara untuk pakai serum juga perlu betul dan konsisten agar manfaat serum dapat dilihat dengan berkesan. Semoga perkongsian OhFesyen kali ini dapat membantu para pembaca akan cara untuk pakai serum dengan sempurna.

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese