Aksesori Ideal

Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori, tas dan sepatu yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan anda agat tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.

Kebanyakan kaum wanita mengalami kesulitan menggunakan sepatu yan terlalu tinggi, jadi pilihlah sepatu yan tidak terlalu tinggi atau menggunakan wedges. Sepatu yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang bertubuh gempal.

Pilihan Fabrik

Dari segi pemilihan fabrik,  wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera, atau satin yang tidak terlalu berkilat.

Elakkan dari memilih fabrik jenis jersey atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.

Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.

Memahami Bentuk Tubuh

Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih busana bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.

Seperti mana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh beragam.  Oleh  kerana itu, pemilihan busana yang sesuai dan tepat turut menentukan kecantikan dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.