Petua-Atasi-Masalah-Kulit-Kaki-Kering-Dan-Merekah-14

Tips Atasi Masalah Tumit Kaki Kering Dan Merekah!

Tak perlu rasa insecure dah lepas ini. Yay!

Mungkin ramai di antara kita mengalami masalah kulit kaki kering dan merekah. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian tumit kaki akan mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang berlakunya tumit pecah. Kerapkali ohfesyen berjumpa mereka yang mempunyai masalah tumit, kaki merekah, wajah yang cantik, tetapi jika dilihat pada tumit mereka ada kehitaman di garisan yang pecah. ia boleh menjejaskan penampilan seseorang dan hilang keyakinan diri.

Ohfesyen kongsikan 10 tips bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

1. Minum banyak air kosong

Tahukah kamu bahawa punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan. Jadi, sekurang-kurangnya kamu perlu minum air kosong yang secukupnya.

2. Sapu losyen/pelembab

Antara cara paling berkesan yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah adalah menyapukan losyen atau pelembap.  Selain daripada losyen kamu juga boleh menggunakan pelembap seperti Vaseline!

 

3. Footscrub

Footscrub ini boleh membantu melicinkan tumit kaki yang keras dan membuang kotoran di kaki. Lakukan urutan dan gosok dengan pelahan ketika skrub bagi mengelakkan luka di kaki. Tetapi yang bestnya, kamu boleh membuat skrub ini di rumah dengan mengunakan Kopi + Minyak Kelapa atau Minyak Kelapa + Garam.

 

4. Gosok dengan batu apung (Pumice stone)

 Selain itu, gosok dengan batu apung agar kulit mati tertanggal dengan lembut. Pumice stone atau batu apung ini merupakan batu yang terbentuk hasil daripada lava gunung berapi yang mengeras. Sejak sekian lama, khasiatnya telah diamalkan sebagai alat pembersih tubuh. Kini ia boleh didapati dengan mudah di farmasi Watson dan Guardian.

 

5. Keringkan kaki selepas mandi

Pastikan selepas mandi atau membasuh kaki, lap dan keringkan kaki kamu dengan tuala kerana kalau kaki kamu dibiarkan basah ianya akan menyebabkan kuman melekat dikaki dan berlakunya merekah pada tumit kamu.

 

6. Rendam kaki dengan air suam bercampur garam atau lemon

Lemon adalah salah satu bahan yang sangat popular sebagai homemade. Khasiat lemon mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Selain itu, garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah. Jomlah cuba! Caranya, rendam kaki dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Kaki akan jadi wangi dan cantik!

 

7. Tukar stokin selalu

Ohfesyen sarankan stokin kapas (cotton) atau bulu bebiri (wool) kerana ia menyerap peluh lebih baik berbanding stokin biasa. Tukarlah stokin setiap hari kerana stokin menyerap peluh dan ianya akan menjadi lembab. Peluh itulah yang akan menyebabkan bakteria melekat di kaki kamu. Eww!

 

8. Urutan kaki

Lakukan urutan pada kaki kamu terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen atau minyak. Ia bukan sahaja melembapkan dan melembutkan kulit, malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita berjalan dan bekerja.

 

9. Sapu Minyak Zaitun

Untuk ekstra lembut, sapu minyak zaitun untuk kaki yang selembut bayi dan juga mencegah dari kulit kaki merekah. 

 

10. Pakai FootMasks

Footmasks dapat merawat dan melembabkan kulit kaki malahan ianya dapat menghilangkan bau kaki. Kamu boleh dapatkan di Innisfree.

Selamat Mencuba! 

Foto — Google

Love, Nabila Hisham 

POST A COMMENT