Fesyen-Baju-Kurung-&-Kain-Corak-Batik-Terkini-7

Fesyen Baju Kurung & Kain Corak Batik Terkini

 

Fesyen-Baju-Kurung-&-Kain-Corak-Batik-Terkini-1

Foto – instagram @habrahaute

Selari dengan peredaran zaman pada masa kini, fesyen baju kurung yang dahulunya merupakan pakaian tradisional sudah mula berkembang dari semasa ke semasa. Pelbagai rekaan baju kurung dijual di pasaran dengan harga yang menarik. Banyak perubahan telah dilakukan untuk kelihatan lebih moden dan kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya. Sehingga kini, baju ini tetap manjadi pilihan bagi kaum wanita walaupun berbagai evolusi dan perubahan telah dilakukan tetapi bentuk dan rupanya tetap sama seperti dahulu.

 

Mungkin masih ada lagi yang kurang tahu fesyen baju kurung yang bersesuaian mengikut bentuk badan. Ohfesyen senaraikan tips fesyen baju kurung dan kain corak batik terkini yang boleh dipadankan mengikut bentuk badan dan citarasa kamu.

 

Ciri Yang Sesuai Untuk Bentuk Badan Sederhana

 

Bentuk ‘Hourglass’

Fesyen-Baju-Kurung-&-Kain-Corak-Batik-Terkini-2

Foto – instagram @habrahaute

Bentuk badan seperti ini sangat ideal kerana dapat mengagihkan berat sama rata antara bahagian atas dan bawah tubuh. Saiz bahu dan pinggul juga sama dengan pinggang yang lebih kecil dan ramping serta mempunyai perbezaan ukuran sehingga 10inci. Baju kurung bercorak batik penuh sangat  sesuai bagi golongan ini tidak kira sama ada batik bercorak kecil atau besar dan boleh dipadankan dengan pelbagai warna kegemaran. 

 

Ciri-Ciri  Untuk Bentuk Badan Kurus

 

Bentuk ‘Ruler’

Fesyen-Baju-Kurung-&-Kain-Corak-Batik-Terkini-3

Foto – zalora.com.my

Sama seperti namanya. Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini tidak mempunyai bentuk pinggang yang ramping  atau dalam maksud lain ialah bentuk badan yang terlalu kurus. Kebanyakan ukuran bahu dan pinggul adalah sama. Untuk kelihatan lebih menarik, Pilih motif batik yang bercorak besar atau lebih elok pilih corak batik yang beralun seperti diagonal (berpenjuru). Untuk lebih menonjol padankan dengan bentuk lengan yang besar seperti belon atau puff.

 

Bentuk ‘Inverter Triangle’

Fesyen-Baju-Kurung-&-Kain-Corak-Batik-Terkini-4

Foto – instagram @seleksiakma / @habrahaute

Bentuk badan seperti ini diukur dari saiz bahu yang lebih lebar dari saiz pinggulnya. Ini mungkin terjadi akibat faktor keturunan atau dari aktiviti sukan seperti berenang sejak dari kecil lagi. Pilih warna yang gelap di bahagian atas dan terang di bahagian bawah. Bentuk yang kembang di bahagian pinggul akan menyerlahkan lagi penampilan kamu. Pilih corak batik motif besar ataupun corak melintang.

 

Ciri-Ciri Untuk Bentuk Badan Chubby

 

Bentuk ‘Pear’

Fesyen-Baju-Kurung-&-Kain-Corak-Batik-Terkini-5

Foto – instagram @acroporamoda

Bagi yang memiliki tubuh jenis pear iaitu bahagian atas lebih kecil dari bahagian bawah, haruslah berhati-hati dalam memilih corak. Ini untuk memastikan bahagian pinggul dapat ditutupi sepenuhnya. Pilih warna baju yang terang. Baju mestilah jatuh dan menutupi kawasan pinggul. Untuk kain pula pilih jenis fabrik yang ringan seperti sutera. Corak yang sesuai ialah corak jenis halus atau corak vertikal. Tips kami adalah padankan dengan kain yang berwarna gelap untuk mengimbangi pandangan orang sekeliling.

 

Bentuk ‘Apple’

Fesyen-Baju-Kurung-&-Kain-Corak-Batik-Terkini-6

Foto – instagram @gegirlxclusive

Bentuk apple adalah saiz pinggang yang lebih lebar dari dada dan pinggul. Berdasarkan kajian yang dijalankan majoriti mereka mengatakan badan mudah naik di bahagian perut berbanding pinggul. Jadi pilih corak batik yang bunga kecil atau jarang-jarang. Untuk corak jenis stripes pula pilih corak yang jenis menegak. Jenis fabrik terkini yang dicadangkan adalah fabrik jenis kapas atau kapas kanvas selain ia juga lembut dan selesa dipakai.

 

Bonjour,Firdaus

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese