Tips-Fesyen-Kemeja-Lelaki-Moden-Simple-&-Terkini-8

Tips Fesyen Kemeja Lelaki Moden, Simple & Terkini

Sama seperti wanita, lelaki pada masa kini kebanyakan sudah sedar akan keperluan menjaga imej penampilan diri apabila berada di luar. Mereka lebih teliti dan mengambil berat soal penampilan untuk kelihatan lebih bergaya. Biarpun banyak jenis fesyen sudah berada di pasaran, namun bagi seorang lelaki mereka lebih suka memilih fesyen yang ‘simple but nice’. Lelaki juga amat mementingkan soal kekemasan supaya dapat tampil bergaya di hadapan orang ramai.

Sebenarnya terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira dalam memilih fesyen yang sesuai dengan baju kemeja. Dengan memiliki gaya yang berketrampilan ia dapat menambahkan keyakinan dalam diri kamu. Oh fesyen kongsikan tips fesyen kemeja lelaki moden, simple dan terkini untuk rujukan kamu di luar sana.

 

Oh Ini Rupanya, Cara Memilih Baju yang Tepat Bagi Kemeja Lelaki!

 

 

Warna

Perkara pertama yang pasti menarik perhatian kamu sebelum membeli baju kemeja ialah warna. Warna memainkan peranan penting serta dapat mencerminkan personaliti diri melaluinya. Warna yang terang dapat menyerlahkan diri kamu dalam sesuatu keadaan namun harus disesuaikan dengan tempat. Pilihan warna lembut atau pastel adalah yang paling terbaik. Warna moden sebegini lebih formal dan dapat disesuaikan dengan semua jenis pekerjaan. Paling penting pilih warna yang dapat disesuaikan dengan kulit kamu. Lihat tips simple di atas!

 

Corak

Ramai lelaki kurang gemar mengenakan kemeja bercorak terkini. Sebenarnya kemeja bercorak membolehkan kamu mencipta stail tersendiri. Kemeja bercorak serta berlatar belakang  warna putih lebih formal berbanding yang berwarna. Corak garisan lebih sesuai digayakan ketika bekerja. Baju yang mempunyai corak kekotak kecil dan renggang akan lebih menyerlahkan lagi penampilan kamu berbanding corak kekotak besar.

 

Gaya Fesyen Selebriti Menjadi Ikutan Orang Muda

 

Kolar

Bahagian ini sangat penting dan memerlukan pemilihan yang lebih teliti kerana ia dapat membantu menyerlahkan lagi wajah kamu. Contohnya lelaki yang mempunyai wajah yang kecil atau cengkung perlu mengelak memakai baju berkolar lebar kerana ia dapat menenggelamkan wajah kamu. Bagi lelaki yang berwajah besar dan lebar pula elakkan dari memakai baju berkolar ‘narrow’ atau kecil kerana ia akan mengakibatkan wajah menjadi lebih besar. Saiz kolar yang bersesuaian sebenarnya bergantung pada saiz leher.

 

Saiz

Pemilihan saiz perlu dilakukan dengan betul sebelum membeli kemeja. Zaman moden sekarang banyak baju yang dijual mempunyai potongan yang menarik seperti ‘slim fit’. Baju sebegini memang menjadi trend terutama bagi yang bertubuh sasa. Bagi yang berbadan besar pilihlah baju yang bersaiz besar dan padan digayakan.

 

Fabrik

Material baju juga penting. Selain nampak bergaya, aspek keselesaan juga perlu diambil tahu. Untuk lebih mudah pilih kain jenis kapas kerana selain lembut ia juga kurang kedutan. Kain jenis satin juga cantik digayakan dan lebih sesuai jika kamu menghadiri sesuatu majlis.

 

Gaya Fesyen Selebriti Menjadi Ikutan Orang Muda

 

Ramai anak muda masa kini lebih memilih fesyen yang trendy dan sering menjadikan selebriti sebagai icon dalam berfesyen tidak kira sama ada dalam mahupun luar negara. Apa sahaja stail yang digayakan sering dikagumi peminat dan mereka juga adalah tempat rujukan fesyen.

Ini kerana revolusi dalam dunia fesyen ini sering berubah-ubah seiring peredaran zaman. 

 

Featured image – www.pinterest.com

Bonjour, Firdaus

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese