TOP 5 Beg Trend Terkini 2020 Yang Kamu Perlu Miliki!

Read this before you swipe your card, ladies

 

That feeling when you swipe your card and it’s approved! Seolah kamu mendapat nafas hidup yang baru dan betapa indahnya dunia saat item favorite menjadi milikmu. You feel happy and confident. Apa yang kamu mahukan is just to impress yourself, not for other man or anyone. Am i right?

 

Semua wanita pasti sukakan handbag. I’m betting on this. Tak kiralah untuk ke pejabat, kenduri perkahwinan, tea time di cafe hipster atau annual event, pasti akan bertukar-tukar beg dan ini bermakna kamu memerlukan himpunan koleksi beg yang pelbagai di gerobok kamu! (is that mean… shopping time?) Murah atau mahal, itu pilihan peribadi. Apa yang penting adalah sentiasa mengikut aliran fesyen terkini

 

Sepanjang tahun 2020, Ohfesyen dapat melihat fesyen beg yang digayakan oleh kebanyakan selebriti dan fashion influencers. Kebanyakan beg yang digayakan juga adalah beg yang pernah terkenal satu ketika dahulu. Tetapi dengan potongan dan perincian yang lebih moden — minimalis. Fret not, beg yang trending ini bukan saja dijual di butik Pavilion. Kamu boleh dapatkan jenama high street yang super affordable seperti Zara, Monki dan banyak lagi. Kalau kamu bukan seseorang yang mementingkan jenama, Shopee is the best platform to shop! (yes, banyak beg yang trending juga terdapat di Shopee dengan harga yang jauh lebih murah).

 

Dan sekarang kamu tertanya-tanya beg apa yang sedang trending? Teruskan skrol ke bawah untuk lihat beg apa yang trending sepanjang musim ini yang kamu perlu miliki sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai okay?

 

Top 5 Beg Tangan Terkini 2020 Yang Kamu Perlu Miliki

 

Clutch/Pouch

Kalau dulu clutch sangat common digayakan untuk ke majlis berprestij atau majlis perkahwinan. Tetapi clutch kini menjadi trend yang digayakan bukan saja ke majlis malah untuk gaya kasual. Direka dengan gaya lembut materialnya, hadir dalam pelbagai saiz dan stail sama ada bertali atau tidak, membuatkan clutch 2.0 ini sesuai untuk digayakan hampir untuk semua tujuan. 

 

Baguette

Beg yang trending pada zaman ibumu! It is so ’90s style. Reka bentuk yang kecil dengan tali yang halus sudah cukup buat penampilan kamu tampak klasik dan effortless. Baguette 2.0 mempunyai gaya yang lebih minimalis dan kebanyakan gaya musim ini hadir dalam warna hitam, coklat, putih, croc dan pale pink. Gayakan dengan outfit longgar seperti kemeja maskulin dan mom jeans (or any loose jeans)

 

Bucket

Bucket beg merupakan salah satu siluet timeless yang tidak akan ketinggalan zaman. Jadi tak salah kalau kamu ingin melabur sedikit untuk kualiti yang lebih baik. Sama ada kamu sedar atau tak, bucket beg ini sebenarnya sudah trending sejak 2 tahun yang lalu. Cuma apa yang istimewanya bucket beg ini sehingga mampu kekal menjadi trend, reka bentuk beg saja sudah cukup klasik dimana pereka dan jenama fesyen sering mengubah siluet mengikut musim untuk mengekalkan gaya yang moden dan segar. 

 

Satchel

Kecantikan sebenar beg jenis satchel ini terletak pada fleksibilitinya. Sama ada kamu bawa dengan tangan, bahu atau diseluruh badan, menjadikan beg ini mudah digayakan dengan cara yang berbeza, Hadir dalam pelbagai saiz dan corak, untuk kamu pilih sesuai dengan cita rasa atau tujuan pemakaian peribadi. Beg satchel yang direka musim ini semestinya lebih moden dengan saiz yang kecil, dan kebanyakan beg direka dengan croc-effect.

 

Knotted 

Beg ini menjadi popular sejak jenama Bottega Veneta memperkenalkan rekaan mereka, The Pouch dan Casette bag. Kemudian lebih ramai pereka kontemporari dan mewah juga memperkenalkan siluet pemegang seperti bantal dengan perincian simpul. Hadir dalam pelbagai pilihan kulit lembut, gaya kain dengan warna dan cetakan yang menarik. If you cant afford designers’, go find high street brand that has the same design okay? (Zara, Mango, Monki, H&M)

 

Featured image – www.pinterest.com

Love, Wawa Adams 

 
 
 
 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese