Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-cover

Top 5 Body Wash Untuk Kulit Kering dan Sensitif

Mandi pun perlukan produk yang sesuai okay

Dengan cuaca panas di Malaysia, kulit kamu akan menjadi lebih kering. Selain itu, berpeluh secara berlebihan dan gatal akan membuatkan kulit kamu menjadi sensitif. Tahukah kamu bahawa sabun mandi berbentuk gel adalah sesuai untuk digunakan di kawasan panas seperti Malaysia. Ini kerana dengan konsistensi yang lebih kukuh, gel mandi akan menjadikan kulit kamu lebih sejuk dan nyaman.

Ohfesyen akan kongsikan Top 5 body wash yang kamu boleh cuba.

#1 Dove Beauty Nourishing Body Wash

Dove Beauty Nourishing Body Wash mengandungi NutriumMoisture ™, campuran unik pelembab dan nutrien semula jadi yang memperbaiki keadaan kulit kamu dan menjadikannya lebih lembut selepas mandi. Formula yang kaya dan berkrim mengandungi pembersih ringan membuatkan kulit kamu jauh lebih lembut dan wangian yang tahan lama!

Dapatkan di Hermo.my, Watsons, Guardian

Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-1Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-11

#2 The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Body Wash

Pokok teh terkenal dengan sifat antiseptik dan anti-kulat – ia membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulit, dan jerawat badan. Bukan itu saja, sabun badan ini menggalakkan penyembuhan dan sempurna untuk membaiki kecacatan dan bekas jerawat lama! Kulit badan kamu akan terasa lembap dan bebas cacat dalam masa yang singkat.

Dapatkan di Hermo.my

Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-22

Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-2

#3 Dove Sensitive Skin Body Wash

Mempunyai kulit sensitif boleh menyusahkan kerana kamu mungkin mengalami alahan dan iritasi dengan kerap. Dove Sensitive Skin Wash adalah bebas sulfat dengan ramuan hypoallergenic yang menenangkan kulit kamu dengan formula yang lembut. Jangan risau tentang sebarang iritasi kulit kerana sabun badan ini disyorkan oleh pakar dermatologi!

Dapatkan di Watsons, Guardian, Hermo.my

Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-3 Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-33

#4 PanOxyle Acne Wash

Benzoyl peroksida adalah bahan yang terkenal dengan menghilangkan dan melindungi daripada masalah kulat dan masalah yang berkaitan dengan jerawat. Ia adalah antibakteria, jadi ia membunuh bakteria dan melambatkan pertumbuhan mereka. Sabun badan ini berfungsi untuk orang yang mahukan kulit tanpa cela, yang sihat. Sabun ini juga sangat disyorkan oleh pakar dermatologi.

Dapatkan di Lazada, Ubuy

Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-4 Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-44

#5 LUX White Impress

LUX White Impress merupakan sabun mandian yang kaya dengan wangian. Penggemar bau wangi pasti akan sukakannya. Gel mandi mewah menggunakan wangian yang kuat dan menawan yang direka dengan teliti oleh beberapa pakar minyak wangi yang terbaik. Gel mandi ini dirumus dengan ekstrak mulberi semulajadi dan madu, yang akan membuatkan kulit kamu licin dan berseri.

Dapatkan di Watsons, Guardian

Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-5 Top-5-Body-Wash-Untuk-Kulit-Kering-dan-Sensitif-55

Ingat ya, bukan semua produk sesuai dengan jenis kulit kamu. Kamu perlu CUBA, TRY, TEST. Hiks.

Love, Auni Nabihah

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese