Top 5 Concealer Terbaik Untuk Makeup Yang Sempurna

Berbeza dengan foundation yang fungsinya untuk meratakan tona kulit, concealer pula berfungsi untuk menutup lingkaran bawah mata, cela, parut kemerahan dan pigmentasi. Dab kan saja concealer pada kawasan yang perlu and you will get that flawless look! Tak semua concealer mempunyai kualiti atau tahap litupan yang sesuai untuk kamu. Ada sesetengah concealer dah luntur walaupun baru 5jam. Sama juga seperti skincare, concealer juga perlu bersesuaian dengan jenis kulit kamu. Takut nanti makeup jadi crack pula. Yikes!

 

So here’s a Top 5 Concealer Terbaik Untuk Makeup Yang Sempurna

 

Too Faced Born This Way Super Coverage Multi-Use Concealer

Produk-concealer-terbaik-1

Foto – dashofdee.com

 

Concealer ini mengandungi bahan-bahan seperti air kelapa, mawar alpine dan asid hyaluronik. Semuanya berfungsi untuk menghidrat kulit dan memberi litupan penuh yang sempurna sepanjang hari. Formula yang bebas minyak, ringan dan bukan komedogenik ini tak akan membuatkan kulit kamu kering atau cakey!  Hadir dalam 20 warna daripada untuk kulit yang cerah “Swan” hingga ke kulit gelap “Cocoa”, ia memudahkan untuk kamu mencari tona yang tepat untuk setiap fungsi (conceal, highlight, contour).

 

.

NARS Soft Matte Complete Concealer

 

Hadir dalam 16 warna yang boleh kamu pilih dengan tepat untuk tona kulit kamu. Formula yang ringan ini menawarkan litupan yang menyeluruh dan membuatkan kulit kamu seperti semula jadi! Soft Matte Complete Concealer ini dengan serta merta menyamarkan lingkaran gelap bawah mata, parut kemerahan, cela, hiperpigmentasi dan jerawat. Lama kelamaan, kulit menjadi lebih lembut dan halus dari peptida penambah kolagen, asid hyaluronik, dan koktail pelindung Vitamin A, C, dan E.

 

Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Concealer

 

Formula yang creamy dan ringan seperti ini mudah untuk memberi liputan penuh, serta merta mencerahkan lingkaran gelap bawah mata, menutup cela, pigmentasi dan mengurangkan kemerahan. Pilih dari 50 warna untuk melengkapkan solekan kamu dengan lebih sempurna. Formula tahan peluh ini berfungsi pada kulit kamu dimana saja kamu berada dan tak kira berapa lama sekali pun.

 

IT Cosmetic Bye Bye Under Eye

 

Lingkaran gelap bawah mata kamu pada tahap kritikal? Fret not! IT Cosmetics Bye Bye Under Eye Concealer ini mampu jadi penyelamat walaupun kamu berpeluh. Formula kalis air ini bukan saja dapat menyembunyikan lingkaran gelap, tetapi ia juga diformulasikan dengan kolagen dan asid hyaluronik untuk mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.


Tarte Double Duty Shape Tape Contour Concealer

 

Mengandungi ramuan pelembap seperti shea butter dan mango seed butter, concealer ini juga mempunyai bahan ekstrak akar licorice untuk membantu memperbaiki warna dan mencerahkan lingkaran gelap. Concealer ini mampu memberi litupan penuh dan bertahan selama 16 jam! Lebih menarik, kamu si pencinta haiwan pasti tak akan rasa bersalah tatkala menggunakannya kerana ianya cruelty free! 

Happy Shopping!

Love, Wawa Adams.

 

 

 

 

 

 

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese