Top 6 Color Corrector Untuk Menutup Cela Pada Wajah Kamu

Siapa yang tidak mahukan mekap yang sempurna?

Top-5-Color-Corrector-Untuk-Menutup-Cela-Pada-Wajah-Kamu-0

Selain daripada foundation dan concealer untuk menutup cela yang ada pada muka kamu, ada lagi satu mekap yang pasti kamu pening kerana ia mempunyai banyak warna. Color corrector ataupun pembetul warna ini mempunyai 6 warna dengan fungsi mereka yang tersendiri. Mekap ini berfungsi untuk menutup cela seperti tona warna merah akibat jerawat kamu.

1. Ungu/Lavender

Meneutralkan tona warna kuning. Ia juga mencerahkan wajah yang kusam dan juga melawan warna muka yang pucat.

2. Merah Jambu

Meneutralkan tona warna coklat. Ia juga mencerahkan tompok hitam, kulit kusam, kesan matahari dan juga tanda penuaan. Warna ini juga dapat melawan warna muka yang pucat.

3. Hijau

Meneutralkan tona warna merah. Sangat bagus digunakan jika kamu mempunyai selaran matahari, bekas jerawat, kemerahan, jerawat, rosacea dan juga breakouts.

4. Oren

Meneutralkan tona warna biru. Jika kamu mempunyai lingkaran hitan di bawah mata, warna inilah yang sesuai untuk digunakan. Ia juga sesuai digunakan untuk menutup lebam.

5. Kuning

Meneutralkan warna ungu. Melawan perubahan warna dan ianya sangat sesuai digunakan untuk menutup warna biru atau ungu di bawah mata.

6. Peach

Sama seperti warna oren, ia meneutralkan warna biru. Ia dapat menutup lingkaran hitam, lebam, hiperpigmentasi dan memberi seri pada kulit yang cerah.

 

Apabila kamu sudah tahu kegunaan warna-warna ini, barulah kamu boleh membeli color corrector.

1. Sephora Collection Color Corrector

Top-5-Color-Corrector-Untuk-Menutup-Cela-Pada-Wajah-Kamu-1

Sephora Exclusive

www.sephora.com

RM 61.00

 

2. Stila All-in-One Color Correcting Palette

Top-5-Color-Corrector-Untuk-Menutup-Cela-Pada-Wajah-Kamu-2

Sephora Exclusive

www.sephora.my

RM 185.00

 

3. NYX PROFESSIONAL MAKEUP 3C Conceal Correct Contour Palette

Top-6-Color-Corrector-Untuk-Menutup-Cela-Pada-Wajah-Kamu-3

Hermo

www.hermo.my

RM 58.30

 

4. Clio Pro Artist Liquid Color Concealer

Top-6-Color-Corrector-Untuk-Menutup-Cela-Pada-Wajah-Kamu-4

Hermo

www.hermo.my

RM 90.10

 

5. Maybelline Master Camouflage Concealer Palette

Top-6-Color-Corrector-Untuk-Menutup-Cela-Pada-Wajah-Kamu-6

Hermo

www.hermo.my

RM 56.51

 

6. L.A. Girl HD Pro Conceal

Top-6-Color-Corrector-Untuk-Menutup-Cela-Pada-Wajah-Kamu-5

L.A. Girl Malaysia

www.lagirlmalaysia.com

RM 30.00

Love, Auni Nabihah

POST A COMMENT