Tutorial Satu Tudung Untuk 8 Gaya By TudungRuffle

LANGKAH – LANGKAH PAKAI 

GAYA 1 

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah pendek sebalah panjang. Pastikan bahagian pendek tidak terlalu pendek

Langkah 2

  • Ambil bahagian tudung yang panjang, pegang bahagian atas, pinkan pada paras dahi.

Langkah 3

  • Ambil tudung yang di belakang sekali, bawa ke hadapan.

Langkah 4

  • Ambil bahagian tudung yang panjang tadi. Ambil helaian yang dalam, lilitkan di atas kepala. Kemudian pinkan di sisi sebelah kanan.

Langkah 5

  • Kemaskan sehingga selesa dan siap !

 

GAYA 2

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah pendek sebelah panjang.

Langkah 2

  • Ambil bahagian tudung yang panjang, Lilitkan ke belakang dan jangan pinkan lagi.

Langkah 3

  • Lilitkan lagi tudung dan pinkan di sisi sebelah kiri.

Langkah 4

  • Kemaskan tudung dan siap !

 

GAYA 3

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah pendek sebelah panjang. Pinkan di leher seperti biasa.

Langkah 2

  • Ambil tudung yang pendek, selitkan di bawah tudung di sebelah kanan.

Langkah 3

  • ‘Ambil tudung yang panjang pula, Lilitkan ke belakang.

Langkah 4

  • Pinkan di sisi sebelah kanan. Kemaskan tudung mengikut keselesaan kamu dan siap !

 

GAYA 4

Langkah 1

  • Pakai tudung seperti biasa. Sebelah pendek sebelah panjang. Tetapi bahagian yang pendek jangan terlalu pendek.

Langkah 2

  • Ambil tudung yang panjang, lilitkan di atas kepala. Pinkan di sisi sebelah kanan.

Langkah 3

  • Kemaskan tudung kamu dan siap !

 

GAYA 5

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah pendek sebelah panjang.

Langkah 2

  • Bawa tudung yang panjang tadi kebelakang, kemudian bawa ia ke hadapan sebelah kiri.

Langkah 3

  • Pinkan tudung yang panjang tadi di sisi sebelah kiri.

Langkah 4

  • Kemudian sambung lilit tudung yang panjang tadi kebelakang. Pinkan di sisi sebelah kiri.

Langkah 5

  • Pegang tudung yang panjang tadi, bawa sedikit ke belakang sehingga ke bahagian tengkuk kamu. Pinkan di situ. Siap !

 

GAYA 6

Langkah 1

  • Pakai tudung seeprti biasa. Pinkan tudung di leher

Langkah 2

  • Ambil tudung yang panjang, Lilitkan ke belakang secara lose.

Langkah 3

  • Tangan kiri pegang bahagian tudung yang lose tadi ( yang berlubang kat depan ). Tangan kanan kamu pula pegang tudung yang di lilit tadi.

Langkah 4

  • Tarik bahagian yang lose tadi ke atas sisi. Pinkan tudung bersama tudung yang dililit tadi.

Langkah 5

  • Kemaskan tudung kamu sehingga selesa dan siap !

 

GAYA 7

Langkah 1

  • Pakai tudung macam biasa, sebelah pendek sebelah panjang. Pinkan dekat leher.

Langkah 2

  • Ambil tudung yang panjang, lilit secara lose di atas kepala.

Langkah 3

  • Ambil bahagian tudung yang lose tadi, dan juga tudung yang dililit tadi, pinkan bersama di sisi.

Langkah 4

  • Kemaskan tudung kamu dan siap !

 

GAYA 8

Langkah 1

  • Pakai tudung sama panjang. Pinkan kat belakang.

Langkah 2

  • Ambil tudung di sebelah kanan, bawa ke sebelah kiri.

Langkah 3

  • Pegang kedua-dua belah tudung tadi, silangkan dua-dua tudung tu, ( 2 kali )

Langkah 4

  • Ambil bahagian tudung yang di hadapan sekali, buka helaian tudung tu. Kemudian bawa helaian tudung ke atas kepala kamu.

Langkah 5

  • Ambil helaian tudung yang dah jadi ruffle tadi, pinkan dekat sisi sebelah kanan.

Langkah 6

  • Untuk lebih selesa, tarik tudung yang lose bawah ruffle tu, pinkan.

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese