
Tutorial Simple, Elegant Yet Classy
Jum tengok adik acha bertutorial gaya rekaan dia !
Langkah – Langkah Pakai
Langkah Pertama
- Pakai anak tudung biasa atau inner neck juga digalakkan. Kemudian pakai tudung kanan panjang kiri pendek. Pastikan kiri cukup pendek dan boleh dipin. Pin dekat belakang.
Langkah Kedua
- Lipat kedalam atau kelepet bahagian atas kepala sehingga ke bawah atau ke paras telinga.
Langkah Ketiga
- Ambil bahagian tudung yang panjang, iaitu sebelah kanan. tarik ke atas hingga paras telinga untuk dipinkan ( peniti ) bersama lipatan ( langkah 2 ) tadi. Pastikan cukup ketat dan selesa.
Langkah Keempat
- Tarik lebihan tudung sebelah kanan tadi ke sebelah kiri pula. Kemudian selitkan ia ke dalam lipatan atau kelepet tadi. Pinkan bersama ( guna peniti ).
Langkah Kelima
- Tarik terus tudung yang panjang itu dan lilitkan di leher. Akhirkan lilitan di bahu sebelah kanan. ( Nak pinkan kat bahu pun boleh ).
Langkah Keenam
- Kemaskan tudung kamu. Mungkin kamu kurang selesa setelah proses lilitan tadi. Kamu boleh ketatkan balik bahagian yang longgar. Yang penting kamu selesa ! Siap !
Gaya ni sangat sesuai untuk ke majlis hari jadi, kenduri kahwin mahupun keluar bersama teman-teman !
Selamat Mencuba semua 😀