Tutorial Style Ala-Ala Vivy Yusof

Makin ramai suka style ala-ala Vivy Yusof ni.

 

Langkah-Langkah Pakai

Langkah Pertama

  • Pakai inner neck dulu. Kemudian pakai tudung dengan sama panjang.

Langkah Kedua 

  • Kelepetkan sedikit tudung sebelah kanan. Pinkan ( peniti ) di sisi kepala sebelah kiri.

Langkah Ketiga

  • Lebihan tudung sebelah kanan tadi, masukkan ke dalam baju. Keluarkan sedikit supaya tidak rimas atau mudah untuk bergerak.

Langkah Keempat

  • Untuk lebih selamat, letakkan peniti di sisi kepala sebelah kanan.

Langkah Kelima

  • Kelepetkan sedikit tudung sebelah kiri, kemudian letakkan peniti.

Langkah Keenam

  • Kelepetkan lagi tudung sebelah kiri, kemudian lilitkan di leher. Lilitan terakhir, selitkan tudung di dalam baju .

Langkah Ketujuh

  • Letakkan peniti di sisi kepala sebelah kiri lagi dan juga di bahu agar lebih kemas dan terletak.

Langkah Kelapan

  • Kemaskan tudung supaya lebih selesa. Siap !

 

Mudah kan ? Simple, cantik dan menutup aurat 🙂  Selamat Mencuba ! 😀

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese