Tutorial Tudung Satin 2016

LANGKAH – LANGKAH PAKAI

 

Gaya 1

Langkah 1

  • Pakai tudung sebelah pendek sebelah panjang. Pinkan dekat belakang

Langkah 2

  • Angkat sedikit tudung di bahagian atas kepala, kemudian tarik bawa ke depan. Kelepetkan kedua-dua belah sisi mengikut bentuk muka kamu dan pinkan di leher seperti biasa.

Langkah 3

  • Ambil bahagian tudung yang panjang, lilitkan ke belakang.

Langkah 4

  • Kemudian bawa baki tudung tadi ke bahu sebelah kiri. Pinkan di tengah kepala dan bahu. Kemaskan tudung kamu dan siap!

 

Gaya 2

Langkah 1

  • Terbalikkan tudung kamu ke permukaan belakang. Pakai tudung sebelah pendek sebelah panjang. Pinkan dekat belakang.

Langkah 2

  • Ambil tudung di bahagian belakang sekali, tarik bawa ke atas kepala, pinkan di leher seperti biasa. Jangan lupa untuk kelepetkan tudung kamu di kedua-dua belah sisi.

Langkah 3

  • Ambil tudung yang panjang, bawa ke belakang. Pinkan di atas kepala ( hati2 jangan sampai tercucuk kulit kepala pula 😛 )

Langkah 4

  • Ambil baki tuudng yang panjang tadi, selimpangkan. Pinkan di bahu dan siap !

 

 

POST A COMMENT

Click to access the login or register cheese