Ugh! Keringnya Kulit Walaupun Pakai Pelembap Setiap Hari. Kamu Perlukan 3 Benda Ini!

Menghidrat atau Melembap? Mana satu penting?

Kulit masih kering walaupun pakai pelembap setiap hari dan kerap bertukar produk? Ohfesyen ada jawapannya!

Tahukah kamu kulit wajah sebenarnya memerlukan bahan untuk menghidrat dan melembap walaupun kulit jenis berminyak? Ya, tak kira apa jenis kulit sekali pun, sama ada normal, kering, berminyak mahupun kombinasi, kamu tetap perlu menghidrat dan melembapkan kulit. Lebih-lebih kulit kering, ofcourse you need to practice double moisturizing! 

Rutin penjagaan wajah juga perlu berterusan apabila kamu meningkat usia bagi memenuhi keperluan kulit dan membuat kamu kelihatan (dan juga! berasa) cantik!

Jadi apa bezanya MENGHIDRAT  dan MELEMBAP?

Menghidrat water-based; apabila kulit terhidrasi, kulit yang kusam dan penat akan kelihatan segar dan plumpy (toink toink)

Melembap — oil-based; apabila kulit lembap, kulit yang kering dan kasar akan berasa lembut dan gebu.

 

Dua Kali Kelembapan Dengan Minakawaii

Ramai pencinta kecantikan Jepun memilih untuk melembap dua kali bagi memastikan rutin penjagaan wajah memberi khasiat secara maksima. Kaedah yang sama seperti double cleansing — memakai pencuci wajah oil-based diikuti dengan pencuci wajah biasa, double moisturizing juga memerlukan dua langkah untuk mendapatkan kulit yang kekal hidrat dan lembap.

Minakawaii Fish Collagen Moisturizing Face Lotion

Moisturizing face lotion atau toner ini mengandungi minyak hidro kastor yang mampu memberi kelembapan dan menghidrat kulit yang kering dan meningkatkan metabolisme kulit. Dirumuskan pula dengan kolagen ikan yang merupakan kolagen terbaik. Yang mampu menghidrat, menganjal dan mencerah!

 

Minakawaii Fish Collagen Anti-aging Face Cream

Diikuti dengan krim anti penuaan yang juga pelembap, dipakai pada siang hari untuk mendapat manfaat yang sempurna. Krim ini yang akan membuat kamu kelihatan lebih muda dari usia dengan mengurangkan, menyembunyikan atau mencegah tanda-tanda penuaan kulit. Formula yang mengandungi AHA (alpha hydroxy acid) ini membantu menghalusi tekstur kulit, amino acid yang menarik air untuk mengekalkan penghidratan dan butyrospermum parkii yang membantu mengekalkan kelembapan dan mengurangkan kehilangan air dengan membentuk penghalang pada permukaan kulit.

 

 

Minakawaii Fish Collagen Sleeping Mask Booster

Minakawaii-Anti-aging-face-cream-2

Kalau kamu rasa kedua-dua rutin tersebut kedengaran bagus, bayangkan betapa sempurnanya kulit kamu akan kelihatan apabila kamu memakai sleeping mask booster pada malam hari. Digunakan sebagai langkah terakhir rutin penjagaan wajah, ia berfungsi untuk menyerap semua nutrisi yang terkandung dalam pelembap, serum dan sebagainya. Fungsi ia dipakai malam hari (sebelum tidur) adalah kerana ia akan melakukan kerja penghidratan untuk semalaman ketika kamu dibuai mimpi dan bangun keesokan harinya dengan kulit yang lembut dan sihat!

Shop here ladies!

Love, Wawa

 

 

 

POST A COMMENT