
[VIDEO] Gaya Tudung Elfira Loy
Tutorial dari tudung people ni tunjuk cara yang betul nak dapat kepuk-kepuk yang cantik kat tepi
Langkah-Langkah Memakai Tudung Kepuk-Kepuk
Langkah Pertama
- Pakai inner neck terlebih dahulu.
Langkah Kedua
- Kemudian pakai tudung dengan kanan panjang dan kiri pendek atau sebaliknya.
Langkah Ketiga
- Kelepetkan sedikit tudung disisi dan letakkan peniti. Ini bagi memudahkan untuk melilit tudung.
Langkah Keempat
- Bawa bahagian yang panjang tadi kebelakang dan kemudiannya tarik ke hadapan sebelah kiri.
Langkah Kelima
- Pusingkan bahagian yang panjang tadi dan letakkan tudung terus diatas kepala.
Langkah Keenam
- Sekarang terdapat sedikit ropol disebelah kiri. Naikkan ropol tadi ke atas untuk menamppakan lagi ropol-ropol.
Langkah Ketujuh
- Ambil bahagian yang pendek tadi dan pinkan diatas kepala iaitu disisi sebelah kanan. Pastikan tudung disorok dibawah helaian bahagian tudung yang panjang tadi.
Langkah Kelapan
- Tutupkan bahagian inner neck yang kelihatan pada bahagian ropol-ropol dengan pin. Kemaskan tudung kamu mengikut keselesaan dan siap !
Selamat mencuba ! 😉